Kalau ikutkan, Bro bukan peminat coklat tetapi sekali sekala makan, apa salahnya kan.
So, kali ini Bro berkesempatan untuk singgah ke Molten Chocolate Cafe sewaktu buat food hunt di Paradigm Mall Petaling Jaya.
Untuk pengetahuan korang, Molten Chocolate Cafe menyajikan menu bagi memenuhi citarasa penggemar chocolate terutama daripada Eropah & Amerika.
Mereka juga menawarkan menu unik seperti crepes Perancis , pastri & wafel daripada Belgium. Pasti memikat selera korang semua. Yummm.. Yummm.. Yummm…
Brownies creep with ice cream – Rm 32.50 (Fav Bro)
Sizzling Waffle- Rm 26.50 (Fav Bro)
Creem puff – Rm 32.00 (Fav Bro)
Molten Planet- Rm 18.50
Hot chocolate – Rm 14.50
Taste of Paradigm “Spend and Be Rewarded”
By the way, Bro nak ajak korang untuk sertai kempen Taste of Paradigm “Spend and Be Rewarded” dari 19 Ogos ~ 17 Nov 2019 di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ).
Korang hanya perlu berbelanja minima RM30 dalam satu resit dimana-mana cawangan F&B di Paradigm Mall PJ sepanjang kempen ini berlangsung untuk mendapatkan 1 cop.
Kumpul beberapa cop untuk melayakkan anda menebus makanan / minuman PERCUMA dan berpeluang untuk melakukan putaran serta memenangi barangan dan baucar makanan serta minuman dari Paradigm Mall PJ.
Sekiranya korang berada berdekatan area Petaling Jaya, apa kata anda singgah ke sini :-
Molten Chocolate Cafe
GF 02, Ground Floor, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
Business Hours : Monday – Sunday & Public Holiday – 10:00AM – 10:00PM
Phone No. : +603-7886 2872
Bestnya makan pelbagai juadah coklat!! Saya peminat tegar coklat so tempat cenggini memang self-reward yang best la.. hehehe..Tapi rasanya kena cepat2 gi exercise pastu. haha.
Sekali sekala x apa… orang kata cheat day hahahah