January 26, 2025

Berbelanja & Sertai Kempen ‘Taste of Paradigm’ Untuk Lebih Ganjaran

Taste of Paradigm Campaign
Khas buat anda yang kaki makan.

Jom berbelanja dan terima ganjaran melalui kempen Taste of Paradigm “Spend and Be Rewarded” dari 19 Ogos ~ 17 Nov 2019 di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ).

Anda hanya perlu berbelanja minima RM30 dalam satu resit dimana-mana cawangan F&B di Paradigm Mall PJ sepanjang kempen ini berlangsung untuk mendapatkan 1 cop.

Kumpul beberapa cop untuk melayakkan anda menebus makanan / minuman PERCUMA di sini.

Taste of Paradigm Campaign 2019

Dalam tempoh 3 bulan kempen ini berjalan. Pasti sempat untuk anda mengutip sebanyak mana cop yang ada dengan hanya berbelanja minima RM30 dalam satu resit dimana-mana cawangan F&B di Paradigm Mall PJ.

Pening nak makan dekat mana?

Jangan risau. Dekat Paradigm Mall PJ terdapat banyak lokasi yang mampu memenuhi selera anda. Tak kira untuk breakfast, lunch atau dinner mahupun hanya makanan ringan seperti snack atau minum petang.

Baru-baru ini Bro berkesempatan untuk lepak di Paradigm Mall PJ. Sesambil itu buat Food Hunt di beberapa kedai yang ada di sini.

Jom tengok kedai mana yang Bro singgah ;)

Warung Mama @ Paradigm Mall, PJ

Warung Mama Paradigm Mall, PJ

Warung Mama terletak di Lot 59(P), Lower Ground Floor, Paradigm Mall, PJ menawarkan hidangan yang mampu memikat selera anda sepanjang hari.

Antara menu yang Bro nampak menarik dijual disini adalah :-

  • Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah – RM 10.90 (Fav Bro)
  • Kari Ayam – RM 10.90
  • Nasi Kukus Daging Masak Hitam – RM 12.90 (Fav Bro)
  • Laksa Utara – RM 8.90
  • Mama Mi Kari – RM 8.90 (Fav Bro)
  • Laksam – RM 8.90
  • Cendol – RM 2.90

Menu Warung Mama Paradigm Mall PJ
Yup, anda boleh dapatkan hidangan seperti mee kari, laksam, laksa utara dan juga cendol di sini. Sesuai untuk anda bersarapan mahupun makan tengahari disini sama ada bersama rakan sekerja mahupun keluarga.

Pelbagai menu yang disajikan amat sesuai untuk semua peringkat umur dan lebih mengambarkan hidangan rakyat Malaysia.

Seaweed Club @ Paradigm Mall, PJ

Seaweed Club Paradigm Mall, PJ

Seaweed Club pula terletak di Lot 35(P), Lower Ground Floor, Paradigm Mall, PJ menawarkan hidangan berbentuk snack dan sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan ringan, berkhasiat serta boleh jaga badan.

Yup, hidangan mereka berupa rumpai laut @ seaweed.

Bagaimanapun ianya mampu menerbitkan selera anda tetapi tak merosakan diet anda. Sesuai dinikmati selepas gym ataupun sekadar ingin melapik perut.

Antara menu yang Bro nampak menarik dijual disini adalah :-

  • 6 cone of Nyonya Kuih Pie Tee – RM8.50
  • 6 cone of potato salad ice cream – RM9
  • Spicy noodle seaweed soup – RM8.50 (Fav Bro)
  • Chicken Pumpkin Porridge – RM8.50
  • Chili Chicken Dry Misuah – RM10
  • Seaweed popiah (Original) – RM6.50 /roll (Fav Bro)
  • Seaweed popiah (Sausage) – RM6.50 /roll

Taste of Paradigm Mall PJ Seaweed Club
Selain makanan yang berasaskan rumpai laut @ seaweed. Di sini turut menyajikan hidangan seperti Spicy noodle seaweed soup, Chicken Pumpkin Porridge, Nyonya Kuih Pie Tee dan Chili Chicken Dry Misuah.

Terdapat banyak pilihan juga dijual disini.

Boleh dikatakan, kedai ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bro sendiri akui, jatuh hati kali pertama makan dekat sini.

Molten Chocolate Cafe @ Paradigm Mall, PJ

Molten Chocolate Cafe Paradigm Mall
Bagi anda yang meminati manisan atau coklat terutamanya coklat premium, anda boleh datang ke Molten Chocolate Cafe, yang terletak di Lot 02, Ground Floor, Paradigm Mall, PJ.

Antara menu yang Bro nampak menarik dijual disini adalah :-

  • Brownies creep with ice cream- Rm 32.50 (Fav Bro)
  • Sizzling waffle- Rm 26.50
  • Creem puff – Rm 32.00 (Fav Bro)
  • Molten Planet- Rm 18.50
  • Hot chocolate – R m 14.50
  • Iced Belgium choc – Rm 16.50

Sukicha @ Paradigm Mall, PJ

Sukicha Paradigm Mall

Kalau tertiba tekak rasa haus ketika shopping di sini, korang boleh hilangkan dahaga dengan menikmati minuman di Sukicha yang terletak di Lot 55A, Level CC pradigm Mall, PJ.

Ada banyak pilihan minuman boleh anda cuba di sini. Antaranya :-

  • Hoji Tea Honey Lemon (Ice/ Hot) (M) RM7.40
  • Hoji Tea Berry (Ice/ Hot) (M) RM7.40
  • Matcha Latte (Ice/ Hot) (M) RM7.90
  • Honey Lemon Sencha (Ice/ Hot) (M) RM7.40
  • Black Tea Latte with Pearl (Ice/ Hot) (M) RM7.40
  • Tokyo Flan (Topping) RM6.30

Minuman Sukicha

Bagi Bro, Semua minumannya amat menyelerakan & menyegarkan.

So, dah hilang haus.. Boleh la sambung shopping semula, bukan? Tapi jangan lupa kutip sebanyak mana cop dengan berbelanja minima RM30 dalam satu resit dimana-mana cawangan F&B di Paradigm Mall, PJ.

Cukup copnya,  anda boleh redeem F & B percuma dari Sepiring, Kedai Beras Ayam, Waffuru Café,Kelab Rumpai Laut, Kelab Tenaga, Ikan & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe dan Papparoti di Paradigm Mall, PJ.

So jangan lupa untuk sertai kempen Taste of Paradigm “Spend and Be Rewarded” ini.

Lebih menariknya, ada bonus pada setiap hari Rabu (Bermula dari 11.00 pagi sehingga 3.00 petang).

Anda hanya perbelanja minima sebanyak RM30.00 di mana-mana outlet makanan atau minuman di dalam Paradigm Mall PJ pada hari yang sama, dan berpeluang untuk melakukan putaran serta memenangi barangan dan baucar makanan serta minuman dari Paradigm Mall PJ.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.paradigmmall.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *