December 7, 2024

Marrybrown Oishii Japan Dengan Sos Teriyaki Wasabi Yang Memikat Selera

Perlancaran Marrybrown Oishii Japan

Okyaku-sama konnichiwa!

Untuk pengetahuan korang, Marrybrown memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Marrybrown Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda!

Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.

Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan “something different”. Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali.

Tahun ini dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown, kita akan singgah ke Jepun! Negara yang dikenali dengan keindahan bunga sakura yang mekar ketika musim bunga serta menikmat gastronomi yang menggiurkan.

“Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan.

Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,” – Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi.

Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura.

Marrybrown Oishii Burger
Marrybrown’s Oishii Burger (Combo)

Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Harga bermula dari RM 15.30

Marrybrown Oishii Box Meal
Marrybrown’s Oishii Box Meal

Oishii Burger bersama 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken, Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Harga bermula dari RM 23.90

Marrybrown Oishii Chicken
Marrybrown’s 2pcs Oishii Chicken

2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken di hidangkan bersama sos teriyaki + wasabi, potato wedges dan air Sakura Fizz. Harga bermula dari RM 20.50

Marrybrown Oishii Rice Bowl
Marrybrown’s Oishii Rice Bowl

Semangkuk nasi bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz. Harga bermula dari RM 12.90

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari https://marrybrown.com/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *