Pertama kali menikmati Tudia Char Kuey Teow Ketam sewaktu singgah ke salah satu cawangan mereka di Putra Height.
Mungkin rezeki Bro dan rakan blogger dapat menikmatinya selepas hujan berhenti.
Nikmatnya betul-betul terasa.
Char Kuey Teow Ketam yang panas, cuaca baru lepas hujan menjadikan suasa keliling sejuk. Perkena pula teh ‘o’ panas. Memang berpeluh satu badan dibuatnya.
Bagi yang datang awal, mungkin boleh nampak kehenseman Bro sewaktu datang.
Tau-tau, baju dah buka (selamat pakai baju 2 lapis) then rambut serabai semacam. Berpeluh dibuatnya.
Kebanyakan pekerja disini diajar masak untuk memastikan ianya mengikuti piawai yang ditetapkan.
So kalau korang perkena Char Kuey Teow dimana-mana cawangan Tudia Char Kuey Teow, rasanya tetap sama. Maka anda tidak perlu datang jauh-jauh semata-mata nak perkena Char Kuey Teow di Putra Height.
Nampak api marak gila sewaktu memasak Char Kuey Teow?
Harga di Tudia Char Kuey Teow
Disini paling special adalah Char Kuey Teow Ketam yang berharga RM15.
Bagi Char Kuey Teow Telur Mata dan Telur Sotong pula, masing-masing berharga RM6.50 & RM7.50. Kiranya harga berbaloi dengan kesedapannya.
Kalau rasa nak mai ke Tudia Char Kuey Teow, anda boleh waze “Petron Putra Height near Subang” Warung Tudia Char Kuey Teow betul-betul bertentang dengan Petron tue.
Untuk maklumat lanjut tentang Tudia Char Kuey Teow, anda boleh layari:
- Facebook : https://www.facebook.com/tudiakitchen
- Instagram : https://instagram.com/tudiacharkueyteowhq/
Jemput tonton video dibawah ini, ada review dari Bro tentang Tudia Char Kuey Teow didalamnya :)
Sekor ketam terletak didalam pinggan. :)
wow! kena try ni, char kuey teow memang my feveret :))
fuh..xsbr menunggu kesedapan ketam dimakan..
blog walking dari indonesia :-D
risau jugak..kang tak sempat kita makan..kene makan kat ketam tu…ketam dah redi ngap
mak datuk bro…makan char kuey tiaw ada ketam sekor tue…meletop!…hihi…
tudiaaa berapi habaq hang
Memang terbaik rasenya dah banyak branch nya skrg. Kalu rasa skali terngiang2 di tekak hahah.
kena cuba try test ni…
wow sedap..
terbaik ni sepertinya
Ketam tu nampak char kuey teow ni kelihatan eksklusif
ketam char kuey teow ye…baru dengar ni