Pertama kali menaiki Porsche Panamera – Kereta Sport yang agak mewah, siap ada driver lagi.
Terima kasih kepada GrabCar kerana memberi peluang kepada kami untuk mencuba pakej istimewa mereka – #GrabLuxuryCar dengan menawarkan kereta mewah untuk dinaiki pengguna aplikasi mereka.
Kalau ikutkan, Bro tak pernah turun Kuala Lumpur bersama ahli keluarga baru (anak kedua Bro).
Alang-alang berada di Kuala Lumpur (sebab hantar ibu bapa pergi menunaikan ibadah Haji) dan Puan Isteri pula sudah habis tempoh berpantang.
Maka Bro gunakan peluang ini untuk berjalan keliling Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan GrabCar. Bagaimanapun, ada kejutan buat Bro sekeluarga bila pihak GrabCar menyediakan kereta mewah buat pelanggan mereka yang bertuah pada bulan Ogos ini.
Alhamdulillah
Rezeki kami sekeluarga dapat merasa sendiri menaiki Porsche Panamera sewaktu menggunakan perkhidmatan Grabcar yang ditawarkan oleh MyTeksi
Kami sekeluarga duduk dibelakang.
Adeh…!!! Kak Long Fisha block Baby Fyna… Baru nak nampak semua orang ada dalam gambar.
Oh, Baby Fyna buat-buat tidur rupanya.
3 wanita permata hati Bro. Hari ini, Bro nak bawa mereka berjalan puas-puas keliling Kuala Lumpur. Tapi kali ini, bukan Bro yang pandu kereta.
Ada pemandu rupanya. Namanya Zul, mesra orangnya.
Nampak tak jalan jem didepan kami ini? Kalau pagi-pagi dah hadap jem macam ini, dengan anak buat perangai. Confirm mood nak berjalan-jalan ke laut jadinya.
Kali ini, Bro boleh relax dibelakang bersama anak dan isteri. Rasa tenang dan mood nak berjalan-jalan makin bertambah.
Seronok Kak Long Fisha duduk dibelakang.
Ruangnya lebih besar dan luas. Cuma dia tak berani nak ke depan. Kalau tidak, habis satu kereta dia jelajah buat macam kereta sendiri.
Sempena bulan kemerdekaan ini, Bro memilih lokasi-lokasi yang ada kaitan dengan sejarah Malaysia.
Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Ia diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur.
Di sinilah, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.
Nampak tak gambar tiang bendera dibelakang kami. Ianya setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia
Diskaun 31% GrabCar Bulan Ogos 2015
Kenapa Bro asik promote tempat yang ada kaitan dengan sejarah kemerdekaan negara?
Nie Bro nak cerita sikit,
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, anda boleh nikmati diskaun hebat sebanyak 31% dengan menggunakan perkhidmatan GrabCar sehingga 31 Ogos 2015.
Anda boleh rujuk pada harga dibawah ini.
Jom tempah kenderaan anda dengan GrabCar. Selain diskaun 31%, mana tahu anda berpeluang menaiki kereta mewah seperti Bro.
Menurut Zul, Bro sekeluarga yang pertama menaiki Porsche Panamera yang ditawarkan oleh GrabCar.
Ingin Menaiki Kereta Mewah Dengan #GrabLuxuryCar?
Dah kenapa gua tutup mata pula time nie?
Sempena bulan kemerdekaan ini juga, GrabCar ingin menawarkan kereta mewah buat pelanggannya. Dimana anda juga berpeluang menaiki kereta mewah dengan style yang tersendiri pada harga yang berpatutan.
Terdapat 12 kereta mewah seperti Jaguar XJL, Porsche Cayenne dan Hummer H3. Tidak lupa juga Porsche Panamera yang telah Bro sekeluarga rasmikan.
Ia merangkumi kawasan sekitar Lembah Klang dari 11-29 Ogos. Pelanggan yang telah menempah menggunakan aplikasi GrabCar sepanjang tempoh ini berpeluang menaiki salah satu kereta mewah ini.
Kereta yang mana satu?
Biarlah ia menjadi kejutan kepada anda.
Contest – Peluang Menaiki Chrysler Limo 300 Sepanjang Hari
Ada berita baik buat pembaca Blog BroFramestone. Anda juga berpeluang untuk menaiki Chrysler Limo 300 sepanjang hari dengan GrabCar.
Apa yang anda perlu buat?
- Ambil gambar selfie bersama kereta mewah idaman anda.
- Muat naik gambar tersebut di laman Instagram / Facebook anda dengan hashtag #GrabLuxuryCar, #Grabcar dan tag @GrabCarMY
- Nyatakan apa yang anda akan lakukan jika anda dapat menaiki kereta ini sepanjang hari.
Peringatan : Sila tetapkan akaun Instagram / Facebook anda kepada tetapan umum (public) supaya ianya boleh dilihat oleh pihak GrabCar.
Yang menariknya, anda bersama 6 orang rakan anda akan berpeluang menaiki Chrysler Limo 30 bersama-sama sepanjang hari. Jangan lupa ajak Bro sekali tau.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan terkini tentang GrabCar di laman sosial :-
- Facebook – https://www.facebook.com/MyTeksi
- Twitter – https://twitter.com/MyTeksi
- Instagram – https://instagram.com/MyTeksi/
Seronok dapat bawa famili ronda-ronda naik kereta mewah. :)
lepas ni teksi pulak guna panamera peh hahaha..
Perghh memang terbaik bro, dapat rasa naik keta mewah. Paling mewah aku naik keta vellfire hmmm. Nak kena cuba nih.
naik porshe tu, bertuahlah badan!
Sangat bertuah la Bro sekeluarga dipilih naik kereta porsche….
mak aihh! i is jeles, hokkeyy.. hihihi..
Haha.. seronoknya ada pemandu yang tolong bawa kereta. Lagi-lagi tengah jem..
bro tlg ajar guna aplikasi GrabCar..
untungnya dapat bawak family naik kereta mewah jalan-jalan… huhu nak jugak :p
wow bro naik porsche…ape perasaan bro??