Siapa sini peminat teh hijau (green tea)?
Ok, kita geng.
Hari ini, Bro ingin memperkenalkan minuman Teh Hijau Oishi (Oishi Green Tea) yang kini hadir dalam bentuk minuman tin 300ml.
Tak dinafikan,
Bro dari dulu merupakan peminat minuman teh hijau, sejak menikmatinya pertama kali sewaktu makan di restoran masakan jepun. Itupun beberapa belas tahun yang dahulu.
Dan kini,
Teh hijau menjadi pilihan Bro sama ada sewaktu makan mahupun ketika beriadah. Cumanya Bro beli yang dah siap dibotolkan.
Lagipun teh hijau sesuai diminum pada bila-bila masa, tidak kisah sewaktu sarapan pagi, makan tengah hari mahupun malam.
Pilihan Bro semestinya Oishi Green Tea.
Mudah, tak perlu bancuh di rumah dan ianya mudah didapati dari kedai berhampiran.
Khasiat Teh Hijau Yang Perlu Anda Tahu
Teh hijau merupakan minum yang sihat dimana ianya rendah kandungan kafein dan mengandungi antioksida.
Ianya membantu memberi kesegaran pada tubuh, membantu menyihatkan kulit, dan rambut, bahkan juga membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Mungkin ini sebabnya kenapa masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minuman teh hijau dalam kehiduapan seharian mereka.
Boleh nampak tak kenapa Bro juga mengamalkan minuman teh hijau selama ini?
Dalam menjalani gaya hidup sihat (Nampak tak Bro dah kurus sikit), Bro amalkan minuman teh hijau terutamanya Oishi Green Tea.
Oishi Green Tea Dalam Tin 300ml
Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini.
Kini Oishi Green Tea hadir dengan minuman dalam tin 300ml.
Baru-baru ini, Bro terima bungkusan berbentuk “Bento Box” dari Oishi di mana terdapat beberapa produk minuman mereka dalam tin.
Buat masa kini, Oishi Green Tea hadir dengan 4 jenis perisa – Original, Genmai, Honey Lemon dan Lemon Black Tea (Rasa macam short satu je. Ok nk keluar sat, nak pergi beli he…23x)
Oishi Green Tea – Genmai (Beras Panggang Jepun)
Diramun menggunakan 100% daun teh hijau asli yang disemai dalam ladang yang dijana secara organik.
OISHI menghasilkan minuman teh hijau bermutu tinggi hanya menggunakan daun muda dan pucuk bagi mengekstrak rasa yang sempurna. Dari situlah lahirnya resepi teh hijau sebanar dari Jepun paling mahsyur.
Sekiranya anda peminat minuman teh hijau atau baru nak mencuba. Apa kata anda dapatkan Oishi Green Tea dari mana-mana kedai berdekatan anda.
Bro sudah, anda bila lagi?
belanja satu tin bro..hehehe
satu tin je…? airnya?
Nak 2 tin bro.. hahaha
sedap..pernah minum..segar je rasanya
itu la minum green tea biasenye akan rasa segar selepas minum..betul3x
Jangan minum sensorang he…23x ajak la bro sekali.
tapi harganya agak mahal..tapi memang sedap..huhu
Mahal sangat ke? Rasanya macam ok je harganya
Selalu keluar iklan oishhi kat tv. hahaha
Oishi.. suka tengok iklan dia..
Sedap ke minuman ni nak try gak beli nanti..
Saya pun antara peminat Green Tea ni bro…sedap ! Tapi ada juga yang tak boleh terimanya…hehe
hamboi bro..kemain dia bergambar…kt sini belum nampak lg jenama ni…
Mohon pos setin kat umah.. ehehe
haha rugi la sapa tak minat minum green tea. favourite ni.
Ada jual kat kedai char keow tiew juga ke.