Permulaan tahun baru 2016.
Alhamdulillah, ramai pelangan datang ke Lampuneon Cafe, Tg Malim secara tidak langsung bisnes Bro Char Kuey Teow menerima tempiasnya.
Seawal pukul 9 malam, Char Kuey Teow kami sold out.
Paling ketara bila menu terbaru kami, yakni Char Kuey Teow Ketam habis agak awal.
Iklan : Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki!
Harap rezeki seperti ini tidak putus-putus. Jika respon tinggi, boleh hired pembantu seorang dua untuk membantu. Lagipun, buat masa ini hanya Bro seorang yang menguruskan semuanya.
Jika tiada aral, Bro akan hadir dengan menu baru.
Maybe lepas nie kena tukar nama dan tidak boleh pakai nama Bro Char Kuey Teow. Tapi macam nak pakai juga la.
Resepi Char Kuey Teow Bro merupakan resepi sendiri dan Alhamdulillah, ramai yang menyukainya.
Sekiranya, anda datang ke Lampuneon Cafe, Tg Malim.
Jangan lupa menikmati Char Kuey Teow terbaik dari kami di Bro Char Kuey Teow (diasaskan oleh blogger Bro Framestone).
Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke
Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe
Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak
Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)
Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.
Tahniah bro! Semoga bisnes Char Kuew Teow bro semakin maju dan berkembang…
Terima kasih, harapnya macam tue la
Semoga murah rezeki bro sekeluarga
bila la berpeluang nk rasa char kuew teow bro ni, lama dah tengok saje. masih belum berkesempatan ke tg.malim sana tu.
Semoga bisnes terus berkembang baik ye bro. murah rezeki Amin.
haih bila la nak dapat merasa ni tau…jauh sgt nak balik sana pun..dah terliur ni..pe2 pun good luck bro..mana tahu dah boleh buka cawangan baru nnti…
PM gua kalau lu nak funder.
semoga thn baru akan dimurahkan rezeki bro..selamat thn br..
InsyaAllah kalau lalu Tanjung Malim akan singgah.
alhamdulillah, tempias rezeki di kongsi sama-sama, semoga bro dapat pasang ramai staf :)
Tanniah, semakin popular dan semakin ramai pelanggan. Mungkin suatu hari nanti boleh buka franchise.
selamat tahun baru bro..semoga makin maju bisnes CKT bro ni…
Alhamdulilah rezeki Allah bagi, semoga makin meriah la di tahun 2016 ni
kalau gi rumah abang ipar aku tu..mungkin leh singgah la nanti.
tapi masalahnya, tak tahu la bila..
johor perak..jauh gak tu..
kena ada 2nd tukang masak ni bro
Tahniah kat bro. Pandai cari duit nak berniaga. Semoga terus sukses. Masak sedap2 bagi pelanggan puas hati.
Sahut seruan Ahmad Maslan untuk buat #2Kerja
semoga terus murah rezeki hang dan tambah resepi baru eh.
semoga terus maju dalam perniagaan. Go bro!
semoga makin lancar bro..