March 19, 2025

Ravi’s Banana Leaf – Antara 13 Restoran Popular “The People’s Pick” Tempah Guna Aplikasi GrabFood

Ravi’s Banana Leaf Mont Kiara

Baru-baru ini, Bro teringin nak makan di Ravi’s Banana Leaf, yang terletak di Mont Kiara. Terutamanya, bila tahu restoran mereka tersenarai dalam The People’s Pick melalui undian rakyat Malaysia.

Bukan senang nak disenarai pendek bagi The People’s Pick, sebab kita sedia maklum bahawa dekat Lembah Klang ini terdapat banyak restoran yang menjadi restoran tempatan kegemaran rakyat Malaysia.

Terima kasih GrabFood kerana berjaya memperkenalkan kempen The People’s Pick pada Ogos lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia mengundi restoran tempatan kegemaran mereka untuk ditempah pada aplikasi GrabFood.

Malangnya, sewaktu nak ke sana. Anak merengek ajak pergi taman permainan yang terletak di Taman Tasik Perdana.

Kalau tak bawa, risau tak selesa pula nak makan di Ravi’s Banana Leaf.

Maka dalam perjalanan nak ke Taman Tasik Perdana, Puan Isteri yang merupakan pengguna aplikasi Grab tegar install aplikasi GrabFood untuk menempah makanan.

Nasib baik, sewaktu menempah makanan, nama Ravi’s Banana Leaf berada diatas sekali dalam senarai restoran yang dipamerkan (Macam tau-tau je kami nak makan di sana).

Dengan beberapa kali klik dan pembayaran dilakukan menggunakan GrabPay maka tempahan telah berjaya dibuat dan dinyatakan penghantaran akan dibuat dalam tempoh 30-40 minit.

Bagaimanapun, bila sampai di Taman Tasik Perdana, kami dapat notifikasi yang mengatakan tempahan kami berjaya disiapkan awal dan ianya dalam perjalanan ke lokasi yang kami tetapkan dalam tempoh 10 minit lagi.

Wowww….!!! Cepatnya….

GrabFood Service

Kalau macam ini, tak perlu la kami bersusah payah nak drive ke port makan menarik dekat sekitar KL & Lembah Klang, kemudian kena cari parking (ingat KL senang nak cari parking), kemudian nak cari meja untuk makan dan akhir sekali order.

Menghabiskan masa je.

Baik order guna GrabFood dan minta mereka hantar ke lokasi yang selesa untuk kita makan.

Dalam kes Bro, kami pilih Taman Tasik Perdana untuk lebih keselesaan dan lebih banyak aktiviti boleh dibuat bersama sambil makan.

Selama ini, Bro ingat GrabFood hanya boleh hantar ke pejabat mahupun kediaman.

Dekat taman pun boleh, tapi sewaktu menempah Bro letak notis mengatakan kami berkelah di sini bagi memudahkan rider GrabFood jumpa lokasi kami dengan mudah.

Order Makanan GrabFood

Notifikasi yang Bro terima mengenai tempahan dan status penghantaran pada aplikasi GrabFood.

Siap boleh nampak live update pengerakan rider GrabFood datang ke lokasi kita.

Jika hadapi masalah, fungsi mesej & panggilan antara kita dengan rider GrabFood disertakan. Mudah bukan?

Tempah Makanan Guna Aplikasi GrabFood

Jom tengok apa yang kami order di Ravi’s Banana Leaf menggunakan aplikasi GrabFood (Terpaksa order yang simple-simple je. Kalau tidak, Bro nak order Kari Kepala Ikan).

Tempah Makanan Guna Aplikasi GrabFood

Maggi Goreng Untuk Bro?

Tempah Makanan Guna Aplikasi GrabFood

Nasi Goreng Untuk Puan Isteri

Tempah Makanan Guna Aplikasi GrabFood

Nasi Lemak Untuk Fyna

Breakfast di Taman Tasik Perdana

Ini muka budak kepenatan bermain dekat taman kemudian kelaparan.

Selamat nak order makanan awal-awal, kalau tidak kena layan kerenah dia yang kelaparan akibat penat bermain.

Habis juga sebekas nasi lemak dia makan.

Dalam masa yang sama, dapat juga mak bapa dia berehat sambil berkelah di Taman Tasik Perdana.

Kalau macam ini, boleh repeat berkelah di sini lagi sambil order makanan menggunakan aplikasi GrabFood.

Dengan adanya aplikasi GrabFood, ianya dapat menjimatkan masa dan senang digunakan. Lepas ini, tak perlu lagi drive ke lokasi makan berdekatan. Lepas itu susah nak cari parking + jem.

Maka ada lebih banyak masa untuk anda lakukan aktiviti yang anda minat sambil menunggu makanan yang anda tempah sampai. Lagi-lagi makanan dari restoran kegemaran anda.

Perkhidmatan GrabFood Sekitar Lembah Klang

Lebih jimat jika ada promosi atau diskaun dari GrabFood.

Sebut pasal diskaun, apa kata anda buat tempahan pada aplikasi GrabFood menggunakan kod voucher : BROSPICKS untuk nikmati diskaun sebanyak RM15 dengan pembelian minima RM20.

Perhatian : Kod ini sah untuk pengguna baru aplikasi GrabFood, terhad kepada 200 pengguna SAHAJA.

Apa Sebenarnya The People’s Pick?

GrabFood The People's Pick

Untuk pengetahuan anda GrabFood telah memperkenalkan kempen The People’s Pick pada Ogos lalu di mana rakyat Malaysia telah mengundi restoran tempatan kegemaran mereka untuk ditempah pada aplikasi GrabFood.

Lebih dari 5,000 orang telah mengundi dari senarai 50 restoran tempatan kegemaran dalam lingkungan perkhidmatan GrabFood.

Dari jumlah undi yang diterima, hanya 13 restoran tempatan dengan undian tertinggi disenarai pendek seperti dibawah, dan akan ada lebih banyak restoran tempatan kegemaran akan disenaraikan kelak.

13  Restoran Tempatan Kegemaran Mengikut Lokasi :-

1 – Mont Kiara/Hartamas

  • Ravi’s Banana Leaf
  • Solaris Café
  • Chi Mac
  • Breadfruits

2 – Petaling Jaya

  • Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey
  • TNR by Sean & Angie (My Toast & Roast)
  • Lorong Seratus Tahun

3 – KL City Centre

  • Apam Balik Nusantara
  • Restoran Dapur Sarawak
  • Satay Capitol 1951-Warisan
  • Soong Kee’s Beef Ball Noodle

4 – TTDI

  • Chequers
  • Santai Restaurant & Café

13 restoran ini merupakan kegemaran ramai, anda dah cuba? Jika belum, jom order makanan dari restoran ini menggunakan aplikasi GrabFood sekarang!.

Jom order makanan dari GrabFood dan jangan lupa untuk undi restoran kegemaran anda untuk kempen The People’s Pick yang akan datang.

Muat turun aplikasi GrabFood ke telefon pintar anda sekarang!

Jangan lupa bahawa anda boleh membuat tempahan pada aplikasi GrabFood menggunakan kod voucher : BROSPICKS untuk nikmati diskaun sebanyak RM15 dengan pembelian minima RM20

Kod ini hanya sah untuk pengguna baru aplikasi GrabFood yang pertama kali menempah menggunakan aplikasi ini.


Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *