Lenovo Malaysia telah memperkenalkan peranti terbaru mereka dalam siri Tab 4, iaitu Lenovo Tab 4 8 dan Lenovo Tab 4 10 Plus.
Ia merupakan tablet dengan spesifikasi pertengahan, dan hadir dengan fokus untuk kegunaan seisi keluarga dimana setiap orang boleh mempunyai profil tersendiri padanya.
Menjadikan ianya lebih istimewa, dimana setiap pengguna boleh access profil sendiri hanya dengan pengesahan cap jari pada pengimbas.
Ini bagi mengelak orang lain access kandungan anda yang terdapat didalamnya dalam masa yang sama memberi kebebasan pada orang lain untuk menggunakannya.
Dilihat lebih tertumpu kepada sokongan multimedia, dengan kemampuan baterinya bertahan sehingga 12 jam sesuai sangat untuk kegunaan kanak-kanak.
Turut terbina applikasi yang dibangunkan khas oleh pihak Lenovo untuk kegunaan kanak-kanak. Malangnya ia hanya tersedia untuk Tab 4 Series terkini sahaja.
Lenovo Tab 4 10 Plus
Ia dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 7000 mAh.
Dilindingi oleh 2 lapisan kaca pada untuk perlindungan pada bahagian depan dan juga belakang menjadikan ia ultra-nipis dan ringan.
Menawarkan audio dari Dolby Atmos dual-speaker memberikan pengalaman tontonan sinematik yang menarik pada paparan skrin FHD IPS.
Log masuk ke profil sendiri menggunakan pengimbas cap jari memberikan keselamatan ringkas bagi penggunaan seisi rumah.
Menyokong USB Type C dan Quick Charge 3.0 untuk tempoh pengecasan penuh lebih pantas.
Lenovo Tab 4 8
Ia dilengkapi skrin 8″ IPS LCD 800P, dijana pemproses Snapdragon 425, memori sebesar 2GB RAM, storan 16GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri sebesar 4850 mAh.
Dengan paparan HD bersama audio dari Dolby Atmos dual-stereo speaker yang menghala kehadapan mampu memberi pengalaman multimedia yang menyeronokkan.
Kedua-dua peranti ini masih menggunakan Android Nougat.
Lenovo Tab 4 10 Plus dijual pada harga RM 1299 manakala Tab 4 8 pula dijual pada harga RM749. Didatangkan bersama cover dan pelindung skrin.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.lenovo.com atau Facebook Lenovo Malaysia.
Wow besar saiznya dan spefikasi pun hebat.
woooo .. hebatnya. cntk pulak tu.skrin besar..puashati..sng nak komen n update blog
Nampak macam menarik juga.. Alahai banyaknya model hp baru keluar. Dah tak tahu nak pilih. Hihihi
Bro nak hadiahkan SA Lenovo….alahai..buat susah2 je..kecik tapak tangan SA…paper bag SA tadahkan…very kind of you….larikkkkkkkkkkk…..
Boleh je… itupun kalau jadi hantaran kahwin kita hahahha
Ada jugak plan nak cari tab. Nanti boleh la refer semula artikel Bro ni…
duk cari jugak tablet ni, nampak macam ok. takpernah lagi guna jenama lenovo hehe
Selamat mencuba ;)
Harga dan spek dia juga boleh tahan
Great info on the tablet. Love the quick charging specification!
Yeahhhhh betul tue… i juga suka
Tablet keluaran terbaru ke ni
Yup, terkini untuk Siri Tab 4
Ni dah boleh dah ni nak ganti ipad zaman tok kaduk saya ni. Paling koman pun ambik yang murah tu sikit pun jadi la
Kenapa? Kenapa mesti Bro promote ini di saat saya mencari-cari tab? Haha. Thanks ye. Menarik spek dia.
Lenovo pulak. Macam best je. Rasa macam nak ganti dengan ipad yang dah usang tu ?
Tab ni nampak stylo dan lasak.
Spec pun not bad. Worth to buy
wah lagi cantik dan kompak lah dari tab biasa, kamera pun nampak cantik, so nice ahh
Lenovo products are pretty good, the camera looks great la!
baru je beli LENOVO..tp beli laptop je. Laptop lama rosak huhu
1299 pun dah ok untuk tab. Boleh la bagi anak belajar guna tab tu. Ruby masih tak comfortable guna tab. sebab mesti ada orang perhati kerja i. Hahaha.
wah i didnt know lenovo pun ada tab, too many brands to choose!
Jenama lenovo mmg dipercayai.. dari pc smpi lappy anak pun tiada masalah walaupun bertahun pakai. Tab ni pun spesifikasinya menarik. Thanks sharing bro.