Filem keempat fancais dari Singapura kesukaan ramai “Ah Boys to Men” (ABTM) kini menemui penonton di Malaysia mula 23 November 2017.
Tayangan perdananya berjaya meraih kutipan SG$2.55 juta (RM8 juta) dalam tempoh seminggu ditayangkan di Singapura.
Adakah ia mampu menyaingi filem mereka sebelum ini?
Dua tahun selepas keluaran terakhir, Jack Neo mengarah kumpulan pelakon yang sama ke layar perak sempena ulang tahun Khidmat Negara Singapura yang ke 50 (Malaysia baru belas-belas).
Mengetengahkan beberapa muka baru dan mengekalkan beberapa pelakon utama seperti, Tosh Chang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Noah Yap, Hafiz Azizi, Maxi Lim, Jaspers Lai, Ryan Lian dan pelakon wanita terbaru Apple Chan.
Apa yang Bro boleh katakan disini,
“Filem Ah Boys to Men kali ini, berjaya mengumpulkan beberapa watak berlainan bangsa dengan ikatan persahabatan yang akrab dimana ia menjadi tunjang utama bagi jalan cerita filem ini” – Bro Framestone.
**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Filem ke-4 Ah Boy To Men mengisahkan tentang bekas pelatih Khidmat Negara yang terlah berkerjaya & berkeluarga dipanggil semula untuk menghadiri latihan kem bersama Armored formatian of the Singapore Armed Forces (SAF).
Ada yang menjadikan latihan kem ini sebagai tempat untuk mereka berehat dan menjauhkan diri dari tekanan kerja.
Ada juga yang menjadikan latihan kem ini sebagai satu yang membebankan dan menganggu kerjaya dan masa depan mereka. Lebih-lebih lagi bila isu personal menjadi konflik dalaman kepada platon ini.
Kebanyakkan yang kembali agak kurang berdisplin dan bermain-main ketika melakukan latihan sehingga mengabaikan isu utama, yakni keselamatan. Sehinggakan salah seorang ahli mereka tercedera dek kesilapan yang mereka lakukan.
Lebih ketara lagi bila kehadiran Leftenan Zhang Xin Yi yang tegas ditugaskan untuk mengetuai platon mereka. Disebabkan beliau adalah perempuan, maka kebanyakan ahli platon tidak menghormatinya sehingga pada satu tahap Sarjan Ong naik angin.
Selama ini Sarjan Ong sentiasa bertolak ansur, kerana dia tahu yang datang menyertai kem latihan ini terdiri dari mereka yang tua, gemuk dan teruk perangainya.
Yang merisaukannya, bos tempat kerja dia juga dipanggil untuk menyertai latihan ini sebagai ahli platon dibawah pimpinan beliau & bosnya juga ada mengugut akan memecat beliau sekiranya beliau berkeras terhadap bosnya sewaktu latihan berlangsung.
Pelbagai peristiwa berlaku menjadikan perhubungan mereka lebih akrab dan berdisplin, sehinggakan satu peristiwa terjadi kepada platon mereka.
Apakah yang tlah terjadi?
Sama-sama kita saksikan Filem Ah Boy To Men 4 yang ditayangkan di Malaysia mulai 23 November 2017.
Review Filem Ah Boy To Men 4 Dari Bro Framestone
Berbeza dengan filem sebelum ini, kali ini ianya hanya menampilkan babak aksi ketenteraan tidak terlalu berat.
Setiap watak kini mempunyai latar belakang berkerjaya dan sudah berkeluarga. Kini dipanggil semula menyertai kem latihan yang pastinya menganggu masa mereka dengan keluarga dan juga jaminan kerjaya bila mereka adalah tunjang utama menguruskan projek syarikat.
Walaupun mereka agak kurang berdisplin pada mulanya, setiap watak berkembang sehingga mereka tamat kem latihan ini.
Dari segi komedinya,
Masih tidak mengecewakan seperti filem mereka sebelum ini. Yang pasti, mampu buat seisi panggung ketawa dengan babak yang mencuit hati.
Pastinya, filem ini menjadi pilihan tontonan anda sepanjang minggu tayangannya ini.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Macam best jer citer ni bro..ntah macam mana la peg perempuan mengetuai platun yang semuanya lelaki kan..sure kena buli lebih ni
Saya suka gila movie ni serius cakapp
Ala patutnya I pergi tapi tersalah save tarikhn.aduihai !!! Twngok macam best je cerita ni
Tak pernah tengok lagi daripada yang pertama sampai sekarang ni yang ke 4 hehehehehe. Bukan macam cite PLKN ker tapi kat negara jiran sana betul ker…
Serious macam best j emovie ni sebab dapat kutip banyak pulangan. Tak pernah tengok lagi movie ni. Malam ni nak tengoklah.
Oh another new movie for me to watch at the cinema. Thanks for sharing.
Tgk gambar nampak best juga movie ni. Dah keluar wayang ke?
Hari tu ada nampak banner cerita ni kat panggung. Nak tengok anak kecik lagi haha. Kena tunggu keluar CD jawabnya. Nampak macam best.
wah…..suka cite2 camni….mesti best kan..tak sabar nak tengok
Bal dapat surat PLKN. Dan masih lagi fikir sama adà nak pergi ataupun tak. Tapi bila baca pasal cerita ni… Nampak macam seronok je plkn tu. Dapat jumpa dgn kawan baru. Bal dapat panggilan yg kedua.
tengok trailer macam kelakar je cita ni. nak tengok lah x sabar.
Best tengok filem kelakar habis….dan tak jemu menontonnya.
I really love this movie as it portrait the brotherhood, team work and leadership. Although is a comedian story but the story line is beautiful.
Macam best je movie ni. Kena cari masa utk twngok jugak la.
Boleh tahan juga sambutan filem ni di Malaysia.. suka dgn pengisiannya yg menerapkan nilai murni persaudaraan dan semangat kenegaraan secara komedi santai.