Masih anda ingat pada komik Peanuts, karya dari Charles M. Schulz—first yang terkenal sekitar tahun 1950?
Snoopy, haiwan peliharaan kepada Charlie Brown, kini dipamerkan di Sky Avenue dan First World Rainforest sempena Tour the World with Snoopy.
Terdapat 52 custom-made patung Snoopy yang menarik perhatian ramai dipamerkan dimana setiap mereka memakai pakaian yang mengambarkan setiap negara di dunia ini.
Tour the World with Snoopy diadakan bermula 1 November 2017 hingga 1 Januari 2018.
Anda juga bakal menyaksikan perararakan Snoopy, Charlie Brown dan 11 rakan-rakan dalam suasana yang meriah bermula 25 November nanti.
Selain itu, Resorts World Genting turut menawarkan ‘Limited Edition SNOOPY LANDYARD’ melalui penebusan point bagi ahli Genting Rewards (Ianya sah bagi penebusan 2,000 yang terawal).
Penebusan boleh dibuat di booth Genting Rewards yang terletak di Level 3, SkyAvenue (Bersebelahan dengan H&M dan Cawangan Samsung).
Bagi pembelian melebihi RM400 di SkyAvenue, anda akan menerima Snoopy notebook, manakala pembelian melebihi RM600 pula akan menerima Snoopy tote bag.
Promosi ini berakhir pada 31 Disember 2017. Untuk menjadi ahli, anda boleh daftar di https://rwg.genting/snoopypr
Terdapat juga gerai yang menjual barang cenderahati Snoopy & Peanuts untuk anda miliki.
Sempena cuti sekolah hujung tahun ini, anda boleh nikmati perbagai aktiviti yang sedang berlangsung di Genting Highlands bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Alang-alang, jangan anda terlepas pula menonton Teater The Monkey King yang penuh dengan aksi akrobatik bertaraf antarabangsa bersama kesan khas 3D.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Comey nya snoopy tu… Teringat masa kecik dulu, suka cartoon snoppy ni
Wah menarik ni tak lama lagi nak cuti sekolah.. Boleh bawa anak2..
Jalan tak ajak akak.
dulu2 snoopy ni agak femes
Snoopy….tak pernah tak comel..dulu suka la tgok kartun ni…sekarang x tau la ada lagi ke tak..kena pi Genting la ni tgok benda ni semua
Dulu2 mmg suka dgn kantin snoppy ni, famous sgt, elok juga snoppy kuar blk.
Dah lama tak tengok Snoopy. Last masa muda-muda remaja dulu. Pergi tempat-tempat macam ni memang mengundang memori zaman-zaman dulu betul ni
kiut snoopy.. cantik tempat untuk selfie ni kan? mak budak tengok pon..dah woow. apatah lagi anak anak
Salam bro. legend betul dah kartun snoopy tu. comel betul. boleh masuk dalam wish list ni
Lejen sungguh kartun snoopy tu. Mengimbau zaman kanak2. Boleh dh ni plan naik ke ganting lps ni.
So cute the snoopy. I want to capture every snoopy that feature in Genting
cute nya snoopy tu
Alaa comelnyaaaa haha. Rindunya zaman kanak-kanak. Mesti happening kalau bawa keluarga ke sini!
Hehehe Snoopy dah jadi icon kepada kegilaan kanak-kanak serata dunia bila pula kartun Malaysia akan jadi macam ni seperti Upin Ipin ker heheheheh…
Snoopy ni yang partner dia Peanut tu kan?
Ala.. bila nak naik Genting lagi ni. Best la tengok Snoopy tu. macam2 baju dia pakai. Kartun dia dulu memang feveret. Nak naik Genting selfie dgn Snoopy.heheh
Wahh cantiknya tgok snoopy…hari tu gi tak berkesempatan tgok
Comel-comelnya koleksi Snoopy kat sini. Lama tak naik Genting ni. Kalau boleh nak pergi sendiri nak tengok depan mata,
Masa kecil-kecil suka juga dengan kattun snoopy ni. Best jugakkan kalau dpt simpan koleksi cenderahati snoopy tu.
lama tak pi Genting, len kali bawa kita sekali ek Bro :)
I like snoopy so much, can’t wait to go up to Genting!!
wow all the snoopy fans would love these!
Comellah snoopy ni..macam nak bawak balik je.. Paling syoklah anak-anak layan ni
alaaaa…comel laaa…I is kenot la macam ni…aissshh!
wahhhhh laju bro! bagi yang minat dengan snoopy memang wajib datang ke sky avenue untuk tgk koleksi ni sendiri. onie pun pegi jugak haritu, paling terkejut bilaa sky avenue tu dah berubah 360 darjah …. phewwww…terus tak hafal selok belok dalam tu,hahaha
Teringat zaman sekolah rendah ada kawan bawa komik snoopy, tp kena rampas dgn cikgu. Mmg menarik ada ikonik yang unik mcm ni.. meriah.