December 4, 2024

Skill Memasak Char Kuey Teow Sambil Bermain Api Dalam Kuali

Bro Char Kuey TeowRindu berniaga Char Kuey Teow lagi setelah hampir 2 tahun ia berhenti beroperasi.

Bermain dengan api yang menjulang didalam kuali menjadi rahsia kepada kesedapan Bro Char Kuey Teow yang menjadi idaman pengunjung sewaktu berniaga di Tanjung Malim, Perak.

Pengalaman selama 4-5 bulan berniaga amat bermakna pada diri Bro walaupun sebelum ini hanya ada pengalaman berniaga burger.

Itu pun cerita 14 tahun lepas.

Berkenaan dengan Char Kuey Teow, Bro memang tiada pengalaman berniaga mahupun memasaknya.

Cuma pada kali pertama berniaga ramai bertanya dah lama ke berniaga? dulu berniaga mana?

He…23x Bro gelak je.

Kalau ikutkan, resepi Char Kuey Teow datangnya dari Google dan diubahsuai oleh Puan Isteri.

Pemilihan bahan pula, 100% oleh Bro sebab Bro seorang yang agak teliti dan mementingkan rasa supaya ianya tidak lari tiap kali berniaga.

Sepanjang berniaga, hanya 3x bro ubah resepinya atas nasihat dari beberapa pelangan yang merupakan peminat tegar Char Kuey Teow.

Ada yang datang dari Penang, Ipoh, KL, Shah Alam mahupun Klang semata-mata nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak.

Bro Char Kuey Teow

Alhamdulillah.

Disebabkan terlalu rindu nak masak Char Kuey Teow, maka raya baru ini kami sekeluarga buat open house di rumah keluarga Bro di Tanjung Malim, Perak.

Menu siangnya…. Bro dah terlupa. Tapi sebelah malamnya Char Kuey Teow.

Paling menarik, Char Kuey Teow Udang Galah dimana udang galahnya hasil aktiviti memacing yang digemari oleh kami sekeluarga (Cuma sejak kahwin, Bro dah gantung joran).

Dengan saiz udang galah nie, mahu dekat kedai boleh cecah RM30 ke atas. Tapi udang galah yang terbesar, Bro prepare khas untuk ayah Bro.

Bro Char Kuey Teow

Antara tetamu yang datang untuk merasai Char Kuey Teow Bro.

He…23x Sebenarnya dorang ini dari petang lagi dok tunggu Char Kuey Teow. Dorang ini boleh dikatakan pelangan tetap sewaktu Bro berniaga dulu.

Apa-apa pun skill memasak Bro masih tak lari.

Diharap diberi kelapangan dan peluang untuk berniaga semula. Seronok berniaga, bila dapat kenal ramai orang. Paling tak sangka, bila ada selebriti datang makan Char Kuey Teow Bro.

Throwback Bro Char Kuey Teow

Jom layan beberapa Throwback sewaktu perniagaan Bro Char Kuey Teow berada dipuncaknya (puncak la sangat)

Char Kuey Teow Ketam at Bro Char Kuey Teow, Tg Malim, Perak
Bro Char Kuey Teow Ketam – Menu terhad dengan ketam bersaiz besar menjadi pilihan pengunjung dan pengemar ketam.

Ada la juga jumpa beberapa pelangan yang buat muka pelik sewaktu Bro promote Char Kuey Teow Ketam. Kata dorang tak reti nak makan ketam.

Tapi ada juga yang Bro jumpa reti makan ketam, walaupun makan guna sudu garfu.

Macam Bro, tetap berselera kalau makan dengan menggunakan tangan. Feel dia lain macam sikit. Tapi memang laku habis. By pukul 8-9 malam dah habis.

Lagipun stok terhad + kena habiskan cepat untuk pastikan kesegarannya.

Bro Char Kuey Teow Tg Malim Kuali Berapi

Salah satu gambar paling menarik ketika Bro memasak, yang diambil oleh saudara Mohd Zarin.

Awek Blogger Terjah Bro Char Kuey Teow
Ini pula kunjungan mengejut dari kenalan yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Ipoh.

Mau tak terkejut,

Dorang mai sebelum kedai buka lagi. Semangat punya pasal.

Sue Sofian Mengidam Bro Char Kuey Teow
Ini pula, buat kenalan yang datang semata-mata mengidam nak rasa Char Kuey Teow Bro sebelum dia beranak. Katanya, sepanjang mengandung dok mengidam je.

Akhirnya dia dapat juga T-T

Next weeknya dia pun beranak. Alhamdulillah.

Rakan Blogger Bro Char Kuey Teow Tg Malim

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang beramai-ramai support Bro Char Kuey Teow. Dapat juga kumpulkan mereka semua dalam satu sesi.

Rasanya waktu ini, mereka antara yang terakhir dapat nikmati Char Kuey Teow Udang Galah. Bro terpaksa berhentikan menu tersebut atas masalah suplier.

Agak ramai juga yang kecewa ketika itu.

Apa-apa pun, memang ianya satu pengalaman yang menarik. Ketika ini, berat badan Bro jatuh banyak juga, walaupun nafsu makan membuak-buak.

Bicara Bro : Selepas Bro tutup business Char Kuey Teow, Kami sekeluarga pulang menetap di Rawang semula. Ada la beberapa business makanan kami jalankan, cuma dari rumah je.

Pemintaan ada, cuma kelapangan untuk masak dan menyediakan secara harian itu tiada.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Skill Memasak Char Kuey Teow Sambil Bermain Api Dalam Kuali

  1. uiiiii hat ni la paling iols duk tgu..
    awat x habaq kpg kt tanjung malim bleh la pi raya haritu..dkt ja ngan kampung iols hihihi..tulah iols pun duk try gak cari skill masak ckt ni bro uiii..igtkan bro share resepi..tak dak pun sampai sudah hahaha..xpe2 insyallah iols doakan semoga satu hari nti bro dpt teruskan perniagaan ckt ni ek..nak gak rasa ckt bro berasap tu hihi

    1. Maaf, resepi bro edit sendiri dan lain sikit dari yang biasa orang buat. Kiranya Bro buat sosnya sendiri.

      La, Tanjung Malim ke?

      Tapi itu la, Bro memang jarang balik sana.

  2. Mak aiii..ada skill terpendam rupanya .. feveret Sal ni char kuey teow ..bila nak merasa air tangan bro … buat makan² sila jemput ehhhh

    1. Mudah je… pastikan kuali & minyak betul2 panas… buh la apa2 bahan basah dalam kuali dan walaaaaaaa…. tapi pastikan guna dapur yang high pressure punya ek.

      If dapur masak dekat rumah tue, memang xlepas la

  3. Ni yg buat akak tak leh nak tidor nih, terngiang 2 gambor chat Kay teow ketam tu, haritu baru cakap kat anak nk pi kb carik maggi ketam, Lani nak carik kat mana pulak char kway teow ketam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *