March 19, 2024

Monkey King: The Golden Hooped Rod di Resorts World Genting

Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting
Pertama kali menonton persembahan teater dimana jalan ceritanya dijayakan dengan persembahan akrobatik bertaraf dunia digabungkan bersama dengan kesan khas 3D.

Salah satu persembahan yang anda patut tonton sekiranya ke Resorts World Genting iaitu Pementasan Teater Monkey King: The Golden Hooped Rod

Ia merupakan satu produksi diolah semula daripada kisah hikayat Raja Monyet melalui persembahan mendebarkan dengan pertunjukan akrobatik yang menakjubkan dengan gabungan kesan khas 3D yang pasti memukau anda yang menontonnya.

The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting

Setiap tahun,

Pihak Resorts World Genting sentiasa bawakan sesuatu yang baharu, berbeza dan menarik apabila tiba musim cuti persekolahan buat para pelawat yang berkunjung ke Resorts World Genting.

Untuk akhir tahun ini, Resorts World Genting dengan bangganya membawa Kumpulan Akrobatik Nanjing dengan persembahan teater 3D, “The Monkey King: The Golden Hooped Rod”.

Walaupun pementasan ini masih baru (hanya bermula pada tahun 2016 di China), tetapi ianya dijayakan oleh setiap ahli kumpulan akrobatik yang terdiri daripada mereka yang profesional dan telah menyertai banyak pertunjukan besar di pelbagai negara.

The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting


The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting

The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting

The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting
Bro sendiri pun terpukau bila kali pertama menonton persembahan dari mereka.

Bermula dengan aksi ringan-ringan hingga kepada aksi yang lebih serius dan mendebarkan. Anak Bro juga tertarik menontonnya, dan mereka yang menontonnya juga bersorak bila melihat aksi ‘berani mati’ yang dipamerkan didepan mata mereka.

Percayalah, persembahan mereka memang luar biasa.

The Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting

The Monkey King (Raja Monyet) merupakan kisah mitos penggembaraan ke Barat dan ia merupakan salah satu novel klasik negara China yang paling popular.

Kisah ini bermula selepas Raja Monyet memperoleh tongkat emas sakti dari Laut China Timur. Pada masa yang sama musuh tongkat itu, Chi You telah dibebaskan dan sekarang dia ingin memusnahkannya.

Bagi menewaskan Chi You, Raja Monyet dan tongkat emas sakti perlu bersatu dan terpaksa menjalani latihan Mana yang mampu meningkatkan tenaga dalaman. Raja Monyet berjaya menguasainya tetapi tongkat itu kemudian mendedahkan kelemahannya dan ia diketahui oleh Chi You.

Akhirnya, Chi You berjaya mengumpan tongkat itu kembali ke Laut Pantai Timur dan memenjarakannya.

Monkey King The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting

Anda boleh menonton pementasan “The Monkey King: The Golden Hooped Rod” di Genting International Showroom, Resorts World Genting bermula dari 11 November 2017 hingga 1 Januari 2018.

Persembahan berdurasi 65 minit itu dijadualkan berlangsung setiap hari pada pukul 9 malam dengan pertunjukan tambahan pada pukul 4 dan 5 petang serta 8 malam pada tarikh-tarikh terpilih.

Harga tiket untuk pertunjukan berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Monkey King: The Golden Hooped Rod di Resorts World Genting

  1. ayat aksi ringan- ringan tu x leh blah la bro..hahahahaha….well SA pernah tengok pertunjukkan macam ni cuma tak ingat kat mana…kalau diberi peluang SA nak tengok lagi…jalan cerita sangat menarik

  2. Suka tengok teater macam ni sebab mereka mengaplikasikan costume tu sesuai dan memang mengenai watak kita suka tengok tu jer hehehehe macam teate Malaysia yang popular tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *