Sekitar Julai yang lalu, Infinity By HARMAN telah memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka untuk pasaran malaysia.
Dan salah satu produk tersebut adalah Pembesar suara Bluetooth – Clubz Series iaitu Infinity Clubz 250.
Jenama audio gaya hidup baru oleh Harman Kardon ini memfokuskan pada kemampuan, menjadikan produk audio hebat ini lebih mudah diakses oleh semua orang.
Hari ini, Bro akan kongsikan pengalaman sepanjang menggunakan Infinity Clubz 250.
Infinity Clubz 250 – Infinity By HARMAN
Infinity Clubz 250 Bluetooth Speaker mudah digunakan. Hanya perlu tekan butang ON untuk pengaktifan, kemudian pair dengan telefon pintar anda menggunakan fungsi bluetooth.
Anda tidak perlu memuat turun aplikasi lain untuk dipasangkan pada telefon pintar anda untuk menghubungkan ia dengan Clubz 250 ini.
Memang nampak macam tradisional, tapi ianya masih releven dengan semua produk dipasaran yang masih mempunyai fungsi bluetooth padanya.
Dari segi rekabentuknya,
Clubz 250 walaupun nampak kecil dalam gengaman anda, ia mempunyai binaan yang sangat kukuh. Permukaan bahagian luarnya menggunakan bahan kain yang tahan lama yang meliput dan melindunginya dari habuk, air dan sesuai untuk digunakan dalam sebarang aktiviti air mahupun lasak.
Dibahagian atasnya pula mempunyai permukaan getah bagi melindungi bahagian butangnya.
Jumlah butang yang terdapat padanya agak minima – on/of, play/pause, volume up & down menjadikan ianya mudah digunakan oleh semua peringkat usia.
Menggunakan port pengecasan Micro USB, untuk pengecasan penuh dalam tempoh 4 jam bagi penggunaan selama 10 jam (pada tahap volume 50%).
Selain itu, Infinity Clubz 250 juga boleh berfungsi sebagai pembesar suara bagi telefon anda. Jika ada panggilan masuk, anda boleh jawab sahaja panggilan melalui microphone yang terbina pada Clubz 250 ini.
Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu – hitam, merah & biru (mana satu warna pilihan anda?).
****
Infinity Clubz Mini – Infinity By HARMAN
Dengan fungsi hampir sama, Infinity Clubz Mini pula hadir dengan saiz lebih kecil dan muat disumbat dalam poket baju/seluar, secara tidak langsung memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja.
Material yang digunakan meliputi dan melindunginya dari habuk, air dan juga sesuai untuk digunakan dalam sebarang aktiviti air mahupun lasak.
Bezanya, Clubz Mini hanya mampu bertahan bagi penggunaan selama 5 jam (pada tahap volume 50%) & pengecasan penuh dalam tempoh 2.5 jam menggunakan pengecasan Micro USB.
Manakala ia, hanya mempunyai butang on/of sahaja. Volume hanya boleh diubah melalui peranti yang di’pairing’ kepadanya melalui bluetooth.
Juga hadir dengan 3 pilihan warna iaitu – hitam, merah & biru
Harga Infinity Clubz 250 dipasaran sekitar RM229 manakala Infinity Clubz Mini RM 89.00.
Selain telefon pintar, Infinity Clubz 250 dan Infinity Clubz Mini turut boleh di’pairing’ bersama tab mahupun komputer riba melalui fungsi bluetooth.
Video Unboxing Infinity Clubz 250 & Infinity Clubz Mini
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Infinity by Harman, anda boleh layari laman web Brightstar Malaysia –
www.brightstarcorp.com.my.
fuh harga boleh tahan jugak ye
Salam bos. Nak tanye pendapat. Infinity 250 ni compare to ue wonderboom 2 mana lagi bagus bos. Saya tgh survey2 jgk ni. Tq