vivo telah memperkenalkan siri V20 terkininya, yakni vivo V20 SE untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,199 memfokuskan kepada penggunaan kamera dan gaya hidup.
Skrin yang digunakan adalah 6.44-inci FHD+ AMOLED, ia dijana dengan Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori 8/128 GB.
Hadir dengan kamera hadapan 32MP memberi pengguna kaedah yang menyeronokkan dan mudah diakses untuk meningkatkan pengalaman selfie mereka.
Manakala kamera utamanya, menggunakan lensa tri-kamera 48MP + 8MP + 2MP (utama+sudut ultra lebar+bokeh) membolehkan pengguna merakam gambar berkualiti tinggi pada senario cahaya rendah.
Untuk bateri, ia menggunakan bateri 4100mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W Flash Charge. Peranti ini turut mempunyai NFC bagi memudahkan tambatan aksesori atau pembayaran nirtunai.
Hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Gravity Black atau Oxygen Blue dan ia dijual mulai 24 September 2020. Sebarang pembelian sehingga 2 Oktober akan mendapat hadiah percuma bernilai RM199.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari vivo’s Official Facebook page.
One thought on “vivo V20 SE Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM1,199”