May 19, 2024

5 Resepi Mudah Bento Box Menggunakan Produk Ayam Brand™

Ayam Brand Bento
Siapa disini, rajin menyediakan Bento Box untuk anak-anak atau diri sendiri?

Hari ini, Bro ingin berkongsikan beberapa idea Bento Box yang sedap dan menyelerakan daripada Ayam Brand™. Pastinya enak dan mudah disediakan, anda patut mencubanya sendiri!

Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.

Burger Tuna Begedil

Burger Tuna Begedil Ayam Brands– 1 tin Ayam Brand Flakes in Sunflower Oil, disaring dan dilenyekkan
– 1 cawan ketumbar segar, cincang
– 1 cili merah, cincang (mengikut citarasa)
– 1 biji bawang merah, cincang
– 1 biji telur
– 3 kentang, rebus dan dilenyekkan
– 1 cawan daun selada
– Sos tomato atau Mayo (mengikut citarasa)
– Garam dan lada secukup rasa
– Roti Burger
– Keju (mengikut citarasa)

  1. Dalam mangkuk, masukkan kentang, telur, tuna, ketumbar, cili dan bawang. Gaul hingga sebati.
  2. Bentuk menjadi patty kecil dan goreng sehingga kedua-dua belah dimasak.
  3. Di dalam roti, letakkan beberapa daun dan patty tuna. Tambah kejudan sos tomato atau mayo
    jika perlu. Hidang.

Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek.

Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.

Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 3

Pasta Tuna dan Jagung

Pasta Tuna dan Jagung– 1 tin Ayam Brand Tuna Omega 3, saring minyak dan ketepikan
– 100g pasta, yang telah masak
– 1 sudu kecil jus lemon
– 1 cawan tomato ceri, dihiris dua
– 1/2 tin Ayam Brand Sweetcup Corn, disaring
– Garam dan lada secukup rasa

  1. Dalam mangkuk, masukkan pasta, jus limau, tomato, tuna dan jagung. Tambahkan sedikit minyak zaitun dari tin tuna. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Tambah lada dan garam jika perlu. Hidang.

Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata.

Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja.

Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2

Sushi Roll Saba Mayo

Sushi Roll Saba Mayo– 1 helai roti
– 2 tbsp Ayam Brand Saba Mayonnaise
– 1 cawan lobak merah, dihiris nipis

  1. Potong kerak luar roti
  2. Menggunakan “rolling pin”, nipiskan roti
  3. Letakkan saba di atas roti
  4. Tambah lobak
  5. Gulungkan roti dengan ketat dan potong 4. Hidang

Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel.

Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat.

Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan.

Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.

Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 1

Nasi Goreng Tuna

Nasi Goreng Tuna– 1 cawan nasi yang telah dimasak
– ½ cawan lobak, didadu kecil
– 2 ulas bawang putih, dihiris (mengikut citarasa)
– 1 sudu kecil sos soya
– ½ tin Ayam Brand Tuna Chunks in Water, buang air dan lenyek tuna
– ½ tin Ayam Brand Sweetcup Corn

1. Di atas kuali, masak lobak dan bawang putih.
2. Masukkan nasi dan sos soya.
3. Tambah tuna dan jagung. Gaul sehingga masak.
4. Matikan api dan hiding

Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk.

Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.

Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2

Patty Telur Tuna

Patty Telur Tuna– ½ tin Ayam Brand Tuna Omega 3
– 2 telur, dipukul perlahan
– ½ packet tofu lembut, dilenyek sedikit
– 2 sudu besar daun ketumbar, dihiris
– 1 cili merah, dihirs (mengikut citarasa) red chilli, chopped (optional)
– 1 bawang merah, dihiris
– Garam
– Minyak masak

  1. Dalam mangkuk, campurkan tuna, telur, tofu, daun ketumbar, cili dan bawang.
  2. Di atas pan yang leper, panaskan minyak. Tuang 2 sudu besar campuran telur dan masak kedua dua bahagian.
  3. Hidang dengan nasi goreng

Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil.

Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.

Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2

Tuna Pita Tanpa Mayo

Tuna Pita Tanpa Mayo– 2 Pita
– 1 tin Ayam Brand Tuna Flakes Sunflower Oil, dengan minyak
– 1 tin Ayam Brand Sweetcup Corn (jagung)
– 1 cawan daun lettuce atau mixed leaves
– 1 cawan hirisan timun
– 1 tsp jus lemon
– 1 cawan ceri tomato, dihiris
– Salt and pepper

  1. Dalam mangkuk, masukkan tuna Bersama minyak dari tin. Tambah jagung dan tomato ceri. Campurkan.
  2. Masukkan jus lemon, garam dan lada.
  3. Ambil pita, masukkan sayuran lettuce, timun dan campuran tuna.

Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak.

Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya.

Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.

Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 2

Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.

Jangan lupa, untuk ikuti instagram @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada ciptaan hidangan kotak bento anda yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakir pada 31 Oktober 2020.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “5 Resepi Mudah Bento Box Menggunakan Produk Ayam Brand™

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *