Paku Pontinak, salah satu naskah seram dari pengarah Filem Sumpahan Kum Kum, Ismail Bob Hashim yang setanding dengan filem seram dari Thailand.
Ianya merupakan filem ke-80 dari Metrowealth (MIG) dengan melihatkan gandingan pertama kali Pekin Ibrahim bersama Uqasha Senrose di samping Hidayah Samsudin dan Along Eyzendy.
Apa yang Bro boleh katakan disini,
Filem ini bukannya filem seram yang hanya melibatkan dendam dan ilmu hitam. Tetapi ia lebih berkisar mengenai cinta antara manusia dan puntianak. Ini yang memberikan kelainan kepada filem ini.
Untuk menghasilkan filem ini, Bob Hashim banyak menjadikan filem seram dari Thailand, Nang Nak sebagai rujukannya.
Patutlah sewaktu Pratonton tempoh hari bersama Media dan peminat, boleh dikatakan ada beberapa babak mampu membuat penonton menjerit dalam panggung.
Penampilan dua pelakon veteran, Ruminah Sidek dan Sidek Husin yang sangat sinonim dengan filem seram, telah memberikan impak yang lebih besar terhadap jalan cerita filem ini.
Bro sendiri kenkadang rasa watak yang dibawa oleh Ruminah Sidek sidek sendiri pun dah cukup menimbulkan perasaan seram pada penonton (jika korang masih ingat babak dalam Filem Jangan Pandang Belakang).
Sinopsis Filem Paku Pontianak
Paku Pontianak mengisahkan Adam (seorang pembuat labu sayung) telah terlangar seorang gadis sewaktu pulang lewat dari kerja. Akibat panik dengan apa yang terjadi, Adam telah membawa gadis tersebut pulang ke rumah.
Malangnya bila si gadis tersebut sedar diri. Beliau hanya mengingati namanya sahaja – Melati.
Keluarga adam berusaha menjejaki siapakah sebenarnya Melati termasuk mengiklankan di surat khabar. Tetapi belum ada waris keluarga Melati yang tampil. Maka keluarga Adam membenarkan Melati tinggal dirumah mereka.
Untuk mengelakkan fitnah, Adam berniat menikahi Melati sehinggakan Seri (yang meminati Adam selama ini) sakit hati dan menyimpan dendam untuk merosakan keluarga Adam. Maka Seri berjumpa dengan bomoh.
Sejak itu keluarga Adam didatangi musibah dan kejadian pelik. Adam sendiri mula timbul perasaan kurang selesa dengan beberapa perkara yang terjadi pada Melati. Sehinggalah kemunculan Pak Leh (adik kepada ayah Adam) menjawap semua tanda tanya.
Filem ini telah mula ditayangkan dipawagam pada 22 Ogos. Jangan lupa untuk menyaksikannya.
Teringatkan kata orang-orang tua, pontianak bertukar manusia jika dipaku di tengkuk tetapi ada berani ker?
Belum cuba belum tahu, try la…..
takut bertukar jadi dinosaur lagi naya
cite cite hantu ni kene tengok siang hari ni.. hahaha..
Nak tengok malam pun boleh, xde masalah punya
fuhhhh.. menyeramkan.. konpem byk elemen kejutan..
Elemen kejutan tak banyak sangat. Tapi part yang korang rasa akan terkejut teu, memang xde kejutan.
Tapi pelakon yang terkejut banyak la… Bila tonton terasa macam kita pula menjiwai watak yang kita tonton.
sumpah cerita ni bongok giler kot hahhahaha!
Akan cube menonton cerita ni nanti
hohoho..tak sanggup tegok sorang2..
Meh tengok berdua dengan bro.. nak x?
SA baca review kawan2 blog ckp x best..tp SA rasa macam nak pi tgok Jumaat nanti…
Dia xde la seram sangat macam filem hantu korea ke thailand.. tapi ada beberapa babak buat kita berdebar2…
Lebih kepada suspen je filem nie… masa aku tengok aritu orang dalam panggung siap komen rupa fikizal dan suara uqasha – siap buat perbandingan ngan nelly ….hahahahaha