December 6, 2024

Kempen Kesedaran Kebersihan Tangan Dettol Sepanjang Musim Perayaan

Kempen Kebersihan Dettol Musim Perayaan
Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Apabila anda berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, anda akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah.

Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan anda.

Kempen Kebersihan Tangan Dettol Dengan 7 Langkah MudahWakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa di dalam bagasi anda.

Anda juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi anda sekeluarga daripada kuman.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan.

Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit.

Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Like’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia untuk butiran lanjut.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *