17,149,459 total views, 763 views today

10 Entry Popular Blog Bro Framestone – Ogos 2013

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bulan September menjelma membuatkan Bro teringin nak menyanyi lagu “Wake me up when September ends” dari Green Day.

Disini Bro ingin menyenaraikan 10 entry yang popular di blog broframestone.com bagi bulan Ogos 2013

10 – Paku Pontianak

Paku Pontianak - Uqasha Senrose Jadi Pontianak

Filem terkini dari MiG lakonan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose yang mampu membuat anda meremang menontonnya. Ianya bukan filem yang berunsur seram, tetapi mengenengahkan tentang percintaan antara manusia dengan pontianak.

Begitu juga dengan berputiknya kisah cinta antara Pekin Ibrahim dengan Uqasha Senrose.

9 – Gangguan Bekalan Air Lembah Klang

Punca Air Tiada Area Lembah Klang

Kerana diesel, habis penduduk area Lembah Klang terjejah bekalan air. Paling tragis, Bro salah seorang mangsa yang terpaksa menahan sepanjang malam dari melabur.

Nak buat macam mana, time tengah darurat dan menumpang rumah member yang tiada air juga.

8 – Raya Bersama iPhone 5

Celcom memberi perluang kepada anda untuk memiliki iPhone 5 pada musim perayaan dengan beberapa tawaran hebat dari mereka.

7- T-Shirt Couple Untuk Pasangan Yang Sweet

Family - Couple Tshirt

Bagi anda yang ingin memiliki t-shirt couple untuk dipakai bersama pasangan anda, jangan lepaskan perluang ini. Stok adalah terhad.

Ada berbagai jenis design yang menarik untuk anda miliki bersama pasangan anda.

6- Pecah Rumah Hari Raya

Kisah benar yang terjadi pada kenalan Bro dimana beliau mendapat khabaran, rumah sewanya dipecah masuk oleh perompak dipagi Syawal.

Walaupun pintu bergrill, ianya tetap belum dapat menjamin rumah anda dari menjadi sasaran si perompak mencari duit raya.

5- Suami Berperut Boroi

Suami Isteri Open House Rumah Datin

Suami yang berperut boroi tanda mereka bahagia? Atau mereka berpotensi mengidap penyakit? Dimanakah kebenarannya?

4 – Selesaikan Bayaran Pinjaman PTPTN

Isu tentang peminjan PTPTN disenarai hitam dan terdapat perkongsian yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman PTPTN anda.

3- Nelydia Senrose Dan Uqasha Senrose

Uqasha Nelydia Senrose

Pasangan adik beradik yang semakin melonjak naik dalam dunia hiburan. Sorang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, dan sorang lagi tunggu masa yang sesuai untuk berumah tangga.

Korang pakat-pakat gigit jari la ek.

2 – Zizan Razak Kalah

Ramai yang menjangkakan bahawa Zizan Razak akan mengodoli kategori Lawak Lelaki Popular Anugerah Lawak Warna baru-baru. Tetapi jangkaan meleset apabila Jepp SepahTu yang dinorbatkan sebagai pemenang.

Memang ramai peminat Zizan yang tidak berpuas hati dengan keputusan.

1- Pengalaman Tidur Dengan Mayat

Dan entry yang paling banyak mendapat jumlah view terbanyak bulan Ogos adalah kisah benar yang terjadi pada kenalan twitter yang mengalami pengalaman tidur dengan mayat housemate selama seminggu.

Perkembangan terkini, beliau masih lagi menghuni rumah tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 thoughts on “10 Entry Popular Blog Bro Framestone – Ogos 2013

  1. 10 entri yang menarik untuk blog ini bagi bulan Ogos 2013… terbaik..

    1. Dalam 10 ini yang mana satu pilihan hati?

  2. semua entry menarik. tapi yg agak comel entry lelaki berperut boroi. walaupun ST tak boroi.. hehehee

    1. Manalah tahu bakal boroi dimasa hadapan ๐Ÿ™‚

  3. Sampai skrg tk baca entri no 1. Takpelah.. *sayabukanpenakut

    1. He..23x Baca la.. xde ape2 pun sebenarnya..

  4. pagi2 buta baca entry ni terutama yg paling atas n paling bawah buat badan seram sejuk… huhuhu

    1. He..23x lain kali datang blog bro time tengahari ek

  5. semua tu menjadi pilihan….kalau x dtg tu maknanya SA cuti hahahahahaha

  6. suka entry pertama, suka lain dari yang lain…..kisah seram….

    1. Tak de la seram sangat. Dah baca ke?

  7. Comelnyerrrr 2 beradik tu, tp bukan Bro ye..hehee ๐Ÿ™‚

    1. Ala, napa xde sape2 nak puji bro nie ek

  8. wah tidur dengan mayat jadi top 1 lah ngeri betul

    1. He..23x Bro rasa xde orang lain kot tulis cerita pasal nie, dan cerita nie x masuk paper ๐Ÿ™‚

  9. dasat gile semua entrinya..haha..acane aku nak tengok ye..top post?ada plugin ko guna ke camne?

    1. Aku letak stat untuk tengok post yang mana satu banyak view… Tp buat manual la…

  10. terkejut je tgk gambo paku pontianak tu… haha…

    wahh bro, tahniah isteri dah berbadan dua.. jaga leklok yee…

    1. He..23x tue je gambar yang best untuk Bro kongsikan ๐Ÿ™‚ Thank

  11. sume entri panas! lagi2 ngan artis adik-beradik tu.. walawey

  12. suka entri suami berperut boroi hehee

  13. Entry bro semua santai dan best baca ๐Ÿ™‚

  14. bro, seram belaka bulan 8 ni yek ๐Ÿ™‚

  15. entry paling seram bila baca pasal perut boroi tu… sekarang ni dah nak masuk anak ke – 2. semakin hari semakin maju kedepan nampaknya…kena berhati-hati lepas ni..

Leave a Comment