17,148,871 total views, 175 views today

Suami Berperut Boroi Tanda Mereka Bahagia?

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Suami Isteri Bro Framestone Open House Rumah Datin
Betul ke dakwaan yang mengatakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga?

Walaupun Bro baru setahun berumah tangga, tetapi keboroian perut ini menarik perhatian ramai pihak terutama perempuan (Adakah mereka tak sangka Bro terlalu bahagia sekarang ini)

Bro tak kisah pun berperut begini. Ada juga wanita amat menyukai lelaki yang berperut (boroi) sebab nampak lebih seksi dan mampu berkongsi kebahagiaan bersama mereka (Adakah golongan ini sesuai dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat?).

Perut Buncit Selepas Kahwin

Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Bro selepas berkahwin, berat badan naik 10 kg. Ramai yang terkejut bila berjumpa dengan Bro.

Bagaimanapun penambahan berat badan bukan salah satu punca perut membuncit.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi,

Pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi

Perut Membuncit Tanda Berpenyakit.

Disebabkan ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan, ramai yang tak mengambil berat tentang perut mereka yang semakin membuncit (kalau perempuan, sure kena amik port. Mana tahu termengandung ke kan)

Tetapi kenyataannya, perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.

Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.

Kadar Penceraian Berkaitan Suami Boroi

Disini Bro nak kongsikan fakta menarik kenapa ramai perempuan meminati lelaki boroi (mungkin salag satu punca kenapa mereka rela bermadu)

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun (kenapa gua dalam tempoh setahun je nie) dan ke atas tempoh perkahwinan.

Statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.

Mungkin ini ada kaitan dengan sifat panas baran dan darah tinggi kot. Bro dulu sebelum kahwin, memang kurus dan dah berbelas tahun ada darah tinggi. Dulu selalu mengamuk dan panas baran.

Tetapi sejak berkahwin, tekanan darah stabil dan Bro kurang marah-marah atau tumbuk dinding (baling hp pun pernah).

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi macam Bro (test market kejab).

Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Suami Berperut Boroi Tanda Mereka Bahagia?

  1. Assalamualaikum bro. ahhaha serius suka bila perut suami boroi ๐Ÿ™‚

    1. Suka tak tengok perut Bro boroi juga?

  2. Haihhh risau2 laki akak tu boroi tapi itulah yg buat akak suka kat dia sesi wehhh..ahahahaa…

  3. Syukur Alhamdulillah.. Dapat perut Boroi… Aset tu… hehehe…

    Tetapi teringin juga nak mengurangkan keboroian… Lebih-lebih lagi selepas raya ni… ๐Ÿ˜‰

    1. Dengan keboroian ini, ramai awek2 kecewa sebab dah tahu kita sudah berkahwin he..23x

  4. wahh.. nak kene kongsi ni, hehehe… bro mantop, tanda2 bahagia dah pun ada tu, hehehe

    1. Mantop tapi tak berketak-ketak badan nie… Dalam pic nie tanda2 bahagia telah berjaya disembunyikan dengan jayanya.

  5. Bergantung juga boroi sebelum kahwin atau selepas kahwin. ๐Ÿ™‚

    1. Kalau sebelum kahwin macam mane ek?

  6. haha.. itu mesti bro.. boroi itu bahagia.. tngok, smua laki2 yg dah beristeri..

  7. haha husband kata boroi tanda KAYA & BAHAGIA ๐Ÿ˜€

  8. Nasib baik saya tak boroi wpun dah lebih 5 tahun kawin.

    Tang kesihatan & penampilan memang ambik berat dr zaman bujang sampai sekarang.

  9. bro publish entri bukan bermaksud nak kata kat aku kan? ๐Ÿ˜‰

    1. Nak kata apa kat hang ek? Ada point yang hang terasa ke?

  10. ayat yang last tu menarik…lelaki boroi tu jauh lebih penyayang…..betul ker….? hehe

  11. perghhh lelaki boroi.. jauhkan ~~ jauhkan~~

    rasa tak senang duduk bila perut makin ke depan…

  12. 10 kg tu..mak iahh makan berapa kali sehari tu..hehee

  13. betul tu bro, boroi tanda bahagia…

Leave a Comment