Ini merupakan raya pertama Bro bergelar seorang suami. Agak janggal sedikit berbanding raya-raya terdahulu.
Jika dulu, macam tak kisah sangat nak buat persiapan untuk menyambut hari raya.
Tahun ini lain jadinya. Berbeza sesangat.
Persiapan raya perlu difikir bersama. Kadangkala isteri order kuih raya, baju raya. Kita yang kena bayar (kes benar – siapa tak sayang isteri).
Jika dulu tak kisah raya balik atau tak. Kali ini, kena balik juga. Sebab wife nak beraya dengan family.
Walaupun dia terpaksa berulang alik dari Perak ke KL sebab berkerja di hari raya.
Baru minggu lepas baru dapat menikmati nikmat berhari raya bersama. Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menerima kehadiran kami ke open house korang.
Tahun ini raya berdua. Tahun depan, raya bertiga pula.
Untunglahh raya tahun depan bertiga..
Kehidupan suami isteri banyak berkatnya.
Tentu raya pada kali ini lebih bermakna daripada raya tahun lepas… dan raya tahun pastinya lebih meriah dengan kehadiran cahayamata..
Raya tahun depan bertiga, raya tahun 2015 berempat ;)
ceria2 je bro… bertuah bro.. segalanya bertuah.. doa2 sket utk org bujang ni bro.. tahun depan nak beraya mcm bro jugak.. raya sbg suami.. mudah2an..
seronoknya bro ke sana ke sini beraya..
in syaa allah tahun depan raya pertama sebagai bapa..ngehehe
tahun ni sebagai suami isteri..tahun ni raya sebagai bakal ibu dan bapa..tahun depan plak raya sebagai papa dan mama..hehe
Alhamdulillah :)