December 2, 2020

Mencari Headphone Wireless? Dapatkan Infinity Tranz 700 Pada Harga RM159

TRANZ Infinity by Harman
Masih tercari headphone wireless (Fon kepala tanpa wayar) pada harga yang berpatutan?

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan model terkini dari Infinity by Harman yang dilancarkan sekitar bulan Ogos, yakni Infinity Tranz 700.

Dengan harga RM159, adakah fon kepala tanpa wayar ini sesuai untuk anda miliki?

Infinity Tranz 700 Review

Infinity Tranz 700 merupakan Fon Kepala tanpa wayar jenis Headband yang dihubungkan menggunakan fungsi Bluetooth terus kepada peranti anda.

Ianya boleh digunakan bersama telefon pintar, tablet mahupun komputer riba.

Agak mudah untuk mengawal bunyi mahupun menguruskan panggilan dari fon kepala dengan menekan 1 butang yang didatangkan bersama mikrofon.

BACA : Infinity Clubz 250 Bluetooth Speaker Kecil Tapi Tahan Lasak

Infinity Tranz 700

Dikuasakan oleh Cip Airoha BES2300iH dengan Bateri polimer litium berkapasiti 200mA membolehkan ia bertahan sehingga 20 jam penggunaan.

Bagi tempoh pengecasan pula, hanya 2 jam untuk pengecasan penuh manakala 10 minit pengecasan pantas bagi penggunaan selama 2 jam menggunakan pengecas Micro USB.

Ia hanya boleh dihubungkan kepada peranti menggunakan fungsi Bluetooth sahaja. Tidak disediakan penyambungan melalui kabel melalui port 3.5mm seperti setengah Fon Kepala yang ada dipasaran.

Close-Up Infinity Tranz 700

Rekaannya yang menarik menggunakan bahan ringan (berat sekitar 104g) dan pelapik telinga yang lembut menjadikan fon kepala ini memberi keselesaan ketika dipakai oleh anda untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Ianya sesuai digunakan dimana-mana sahaja mengikut kesuaian aktiviti yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan ia dibawa ke mana sahaja, ia tampil dengan rekaan yang membolehkan ia di lipat dan disimpan.

Review Infinity Tranz 700 by Bro Framestone

Sepanjang Bro menggunakan Infinity Tranz 700 sewaktu bermain game PUBG melalui peranti telefon pintar. Bunyinya jelas tanpa gangguan bunyi dari luar walaupun pada volume sederhana.

Ianya agak selesa dipakai dikepala walaupun digunakan bagi tempoh masa yang panjang dan tidak menganggu pergerakan ketika kita bergerak.

Walaupun microfonnya hanya berasaskan lubang kecil. Ia tidak mengganggu rakan sepermainan untuk mendengar suara Bro dengan jelas ketika bermain.

Boleh dikatakan, Infinity Tranz 700 antara headphone wireless terbaik untuk korang cuba walaupun rekaannya tidak terlalu futuristik.

Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu – hitam, merah & biru (mana satu warna pilihan anda?)

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Infinity by Harman, anda boleh layari laman web Brightstar Malaysia –
www.brightstarcorp.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Mencari Headphone Wireless? Dapatkan Infinity Tranz 700 Pada Harga RM159

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *