Tempoh hari, Bro ada perkenalkan wireless headphone dari Infinity by Harman, iaitu Infinity Tranz 700.
Kali ini, Bro nak perkenalkan wireless earphone terbaru dari Infinity by Harman iaitu Infinity Tranz 300 yang dijual di Malaysia pada harga RM149.
Adakah ia berbaloi untuk anda miliki?
Jom baca review dari Bro Framestone mengenai wireless earphone Infinity Tranz 300 ini.
Infinity Tranz 300
Hadir dengan rekaan yang simple yang ringan dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti sepanjang hari. Jika tidak digunakan, anda hanya boleh biarkan ia tersangkut di leher anda.
Lebih menarik lagi, earbudnya akan melekat secara magnetik antara satu sama lain bagi mengelakkan ianya tersimpul dengan wayar penyambung antaranya.
Bagi yang biasa mengunakan earphone berwayar, pasti tahu kesukaran yang dihadapi sekiranya wayar tersimpul ketika menyimpannya. Betul bukan?
Menggunakan port pengecas Micro USB yang tertutup rapat dengan penutup bergetahbagi mengelakkan cecair atau bendasing memasukinya.
Dengan bateri Polymer Li-ion berkapasiti 120mAh dengan pengecasan penuh selama 2 jam untuk penggunaan berterusan selama 7 jam sama ada untuk mendengar muzik mahupun menjawab panggilan.
Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu – hitam, merah & biru (mana satu warna pilihan anda?)
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Infinity by Harman, anda boleh layari laman web Brightstar Malaysia –
www.brightstarcorp.com.my.