Tidak dinafikan muzium 3D semakin menjadi kegemaran untuk sesisi keluarga berkunjung untuk bergambar dengan lukisan seakan-akan kita berada didalamnya.
Selain gambar yang diambil menarik dengan gambar latar berilusi optik, ia juga menjadi lokasi bagi kaki-kaki instagram bergambar untuk berkongsi di laman sosial.
Kini, anda boleh merasainya di Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands.
Baru-baru ini, Bro sekeluarga berkesempatan untuk singgah di sini.
Memang satu pengalaman berharga terutamanya buat anak-anak Bro untuk bergambar dan berada di alam fantasi berdasarkan ilusi yang dipaparkan pada gambar latar belakang gambar yang diambil.
Bro nak ajak anak-anak masuk ke Jurassic Research Centre, Resorts World Genting Highlands – Mereka takut pula.
Tetapi, bila bawa mereka ke Alive Museum, Resorts World Genting Highlands – mereka punyalah teruja, termasuk mak dorang.
Jom, tengok beberapa gambar yang sempat Bro ambil ketika berada di sini.
Untuk pengetahuan anda, Alive Museum Genting Highland telah dibuka kepada umum bermula 12 Disember 2017.
Harga Tiket masuk pula RM50 (dewasa) & RM45 (kanak-kanak) / Boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.
Nak lebih jimat? Ambil Pakej Kombo 2 (RM76 -) / Pakej Kombo 3 (RM90)* / Ia juga boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.
- Pakej Kombo 2 / Pakej Kombo 3, melayakan anda memasuki 2 / 3 lokasi tarikan (Jungle Gym 2hrs, Zombie Outbreak, Jurassic Research Centre, Ripley’s Believe It Or Not, Alive Museum)
Alive Museum Genting Highland
T2C-B08 Sky Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi : 10.00pagi – 10.00 malam
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
wahhh bestnya cantik² port nak bergambar.
Harga kombo lg ok kot brbanding hg biase. Ermmm blh plan dtg ni.
Orang tua mcm saya ada diskaun tak?
Bro’ Alive museum nampak menarik saya rasa anak saya mesti suka nya
Mcm best je.. nnti naik sana kena masuk tmpt bi dln list. Gi reramai bru best
Menarik nya. Cantik-cantik hasil gambar tu especially yg pegang ikan tu. Ni yg buat tak sabar nak naik ke genting ni. Macam2 ada dah.
macam2 ada dah kat genting sana.. kalau dulu, pegi genting nak deting or main outdoor/indoor game selain nak rasa cuaca sejuk sejuk tu je.. hehehehee..
boleh masuk dalam list utk bawak kids ni satu hari nanti..
Semua cantik2 la lukisan 3D tu..kena masuk jugak ni at least baru best nak buat entry..SA tgh plan nak pergi cuti sekolah ni…
Everything looks so real. Long time didn’t go to Genting and hopefully this school holiday, will bring them here.
Wahhh ! Harga nak masuk sini boleh tahan juga. Ambik pakej lagi jimat. Menarik betul ye konsep muzium seperti ini. Mahu berjam-jam kalau sy masuk sni. Best dan nmpk real sgt !!
Untuk mereka yang suka bergambar, haruslah datang kan.. macam-macam gaya tu..
Tempat macam ni kena pergi ramai-ramai. Kalau pergi berdua je, krik-krik nanti. Hihi. Dok bergambar seorang.
Banyakndah tarikan yg ada d genting..lama tak p genting rupanya huhu
perghhh 3D dia memang terbaik lah
cantik2 gambar
Banyaknya tempat2 dan tarikan menarik dekat GH sekarang ni kan…mmg berbaloi bwak anak2 bercuti ke sini kan
Wow kat genting dah ada muzium macam ni boleh lah pergi lepas ni hehehehe nanti nak tido sana tapi tak sabar nak tunggu taman tema genting siap lagi meriah…
Beriya semua ambil gambar. Ni mesti ada lagi tapi tak letak semua. Photogenic la wife bro.
Menariklah tempat ni, budak-budak sure suka punya. Tapi mak budak pun nampak suka tu..hihi. Lama gila tak pergi genting bertahun-tahun dah ha :(
Dah pergi dah hari tu. Paling suka bergambar dekat yg ada pegasus tu. Lawa gila, nampak real.
Macam hidup gambar 3d ni hehe . tapi macam mahal lah pulak fee dia . bukan bebudak je suka org tua pun rasa excited nak datang sini. Cuma nak g genting tu hehehe
This is such a fun activities for adults and kids, can’t wait to visit Alive Museum, promo price also really affordable.
Ada lagi kupon nak masuk sana..tak tau lah bila lagi nak ke sana. Hari tu pergi tak dan nak tangkap gambar cecantik macam gambar kat atas
The art inside really amazing and not the simple one as send usually. Heard that the art was drawn by Korean. Love the colors and ideas they did over there. Definitely I would wish to go in again for more photos
Bestnya. Gambar pon semua cantik-cantik. Dah lama tak naik genting. Kalau nak gi sini kena kumpul duit dululah. Sebab anak berderet kan ?