Jurassic Research Centre, Resorts World Genting
Jurassic Research Centre, merupakan salah satu tarikan terbaru di SkyAvenue, Resorts World Genting Highlands yang pasti mengujakan.

Apa tidaknya.

Anda berpeluang untuk dekati dinasor secara dekat tanpa perlu risau menjadi ‘santapan’ mereka walaupun mereka mampu ‘berinteraksi’ atau bergerak bila anda mendekatinya.

Sesuai sangat untuk anda seisi keluarga meluangkan masa di sini sambil mempelajari kehidupan pra-sejarah ini secara dekat dalam suasana habitat semulajadi mereka.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Tidak dinafikan ia menjadi pengalaman berharga buat anda sekeluarga.

Malangnya, anak Bro takut pula tengok dinasor yang boleh gerak-gerak ini. Maka Bro terpaksa tengok sensorang dan hantar mereka ke ‘tempat lain’ (Nanti Bro akan ceritakan di lain artikle).

Lagipun, sejak kecil lagi Bro amat meminati tentang haiwan pra-sejarah ini. Siap sanggup beli bukunya yang berharga ratusan ringgit disebabkan minat ini.

Maka bila tahu Jurassic Research Centre dibuka di Genting Highlands, Bro tidak melepaskan peluang ini dan pergi ke sana. Bila lagi nak tunaikan permintaan zaman kecil-kecil dulu kan.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting
Dinosor tengah open table. Ada kenduri katanya hahahaha

Kalau ikutkan ada banyak lagi dinosor dipamerkan dibahagian ini. Malangnya tak semua dapat Bro abadikan dalam kamera.

Terdapat pelbagai jenis dinosor berada di sini.. Dari jenis omnivor, herbivor dan juga karnivor. Kebanyakan hadir dengan saiz sebenar dan ada yang lebih kecik (anggap je baby dinosor)

Ada yang bergerak dan berbunyi bila kita dekati mereka. Jangan risau.. Dinasor ini jinak, tak makan orang punya hahahahah

Seeloknya anda sekeluarga luangkan lebih masa di sini untuk kenali haiwan pra-sejarah ini. Setiap mereka punyai nama tersendiri dan juga serba sedikit fakta untuk anda pelajari.

Fossil Laboratory Unit-J28 @ Jurassic Research Centre

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Di Fossil Laboratory, anda boleh temui beberapa fosil dinosor yang masih tertanam.

Walaupun ianya bukan fosil yang sebenar, ianya seakan fosil yang sebenar sesuai untuk sesi pembelajaran. Setiap fosil turt disertakan dengan beberapa informasi yang berguna.

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Tak cukup dengan fosil, di sini turut dipamerkan tulang dinosor yang dicantum untuk menampakkan rangka sebenar haiwan pra-sejarah ini.

Boleh bandingkan dengan saiz anda sekarang. Mereka lebih besar dari kita. Macam mana la kalau kita wujud sekali dengan mereka waktu itu ya?

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

Kalau korang nak rasa betul2 pengalaman macam dalam cerita Jurassic Park itu. Di sini anda boleh rasainya.

Siap ada bilik simulasi macam mana kita diserang bertubi-tubi oleh dinosor itu tadi. Sebiji (hampir sebiji) dalam cerita Jurassic Park.

Sekiranya anda ke SkyAvenue, Resorts World Genting Highlands jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini :-

Jurassic Research Centre
Level 4, SkyAvenue, Resorts World Genting

Waktu Operasi : 10.00pagi – 10.00 malam
No. Telefon : +603 2718 1118 | laman web : www.rwgenting.com

Harga Tiket masuk pula RM50 (dewasa) & RM45 (kanak-kanak) / Boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

Nak lebih jimat? Ambil Pakej Kombo 2 (RM76 -) / Pakej Kombo 3 (RM90)* / Ia juga boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

  • Pakej Kombo 2 / Pakej Kombo 3, melayakan anda memasuki 2 / 3 lokasi tarikan (Jungle Gym 2hrs, Zombie Outbreak, Jurassic Research Centre, Ripley’s Believe It Or Not, Alive Museum)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter