Siapa disini peminat minuman berasaskan halia?
Hari ini Bro ingin memperkenalkan satu produk jenama CAROMA, yakni produk minuman berasaskan halia Bentong.
Bro tahu mengenai produk ini ketika membeli belah di Village Grocer, Sunway Giza bila ternampak gadis promoter ini bagi Bro rasa tester kepada minuman ini.
Pertama kali Bro rasa, terus terpikat dengan aroma dan rasanya.
Ianya hadir dengan 3 jenis rasa – CAROMA Bentong Ginger dengan Teh, Madu & Lemon Madu (Ketiga-tiga rasa ini Bro suka). Menariknya ianya diadukan bersama halia asli dari Bentong yang mempunyai banyak khasiatnya.
Apa yang menariknya mengenai Halia Bentong ini?
Maka Bro Google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya. Dari keputusan yang Bro perolehi buat Bro teruja dan buat rasa macam nak beli je produk CAROMA ini.
Halia Bentong hanya boleh dikeluarkan di Bentong. Malah tanah yang digunakan untuk penanaman halia Bentong juga perlu direhatkan dua atau tiga tahun.
Hingga kini, Halia Bentong yang istimewa dan miliki banyak khasiat sentiasa mendapat pemintaan yang tinggi sama ada dalam pasaran tempatan mahupun luar negara.
Ia mampu memberikan kesan positif pada penguna yang mengalami masalah darah tidak lancar, banyak angin,sakit sendi,lemak di dalam saluran darah dan lain-lain lagi yang membantu menyihatkan tubuh badan.
Ia juga lebih wangi, pedas dan lebih kuat daripada mana-mana halia lain, serta mengandungi sejumlah besar antioksidan yang menguatkan imuniti dan melindungi badan dari jangkitan penyakit.
Untuk pengetahuan anda, ia bermula pada tahun 1976 sebagai perniagaan keluarga yang menghasilkan dan membekalkan serbuk kopi. Hari ini, mereka juga merupakan pengeluar dan pengedar utama kopi dan minuman pra-campuran di Malaysia. Bentong Halia Malaysia.
Pada tahun 2001, Caroma Cafe Food (M) Sdn. Bhd. mula ditubuhkan.
CAROMA mempunyai beberapa produk, tetapi hari ini Bro hanya ingin memperkenalkan produk CAROMA Bentong Ginger yang anda boleh dapatkan di pasaran :-
1 – CAROMA Bentong Ginger with Tea
Menggunakan halia asli dari Bentong bersama teh wangi untuk memberi anda kesihatan semulajadi dengan rasa pedas halia.
Ianya cara terbaik untuk menikmati kebaikan halia asli Bentong dengan segera
2 – CAROMA Bentong Ginger with Honey
Halia Bentong dengan madu diperbuat khas daripada Halia Bentong semulajadi dan madu asli. Kini, khasiat halia dan kemanisan madu boleh dinikmati secara mudah dengan minuman lazat ini.
3 – CAROMA Bentong Ginger with honey Lemon
Halia Bentong dengan lemon madu diperbuat khas daripada halia Bentong semulajadi, lemon berkualiti tinggi dan madu asli. Hidangkan secara panas, suam atau sejuk untuk menikmati rasa masam manis yang lazat dalam minuman ini.
Ia sesuai diminum secara panas mahupun sejuk
Promosi CAROMA Bentong Ginger di Village Grocer
Kini terdapat PROMOSI Beli 2 kotak, dapat PERCUMA sekotak CAROMA Bentong Ginger Tea yang mengandungi 5 sachets.
Bagaimanapun tawaran promosi ini hanya sah di cawangan Village Grocer terpilih dari 1 Mac hingga 11 Mac 2018.
Antara cawanganVillage Grocer yang terlibat ;-
- Bangsar Village, Bangsar
- 1 Mont Kiara, Mount Kiara
- Sunway Giza, Kota Damansara,
- Desa Park City, Desa Park
- My Town, Peel Road, Cheras
Apa anda perlu buat?
Anda hanya perlu mencari gadis promoter ‘CAROMA Bentong Ginger’ untuk merasai sampel CAROMA Bentong Ginger Tea.
Jika berkenan, terus beli melalui booth dia untuk mendapatkan tawaran promosi yang Bro nyatakan tadi.
CAROMA Bentong Ginger juga boleh didapati di laman jualan 11Street.
Untuk maklumat lanjut mengenai CAROMA Bentong Ginger, anda boleh layari laman web : http://caroma.com.my/
halia ni memang banyak manfaat tapi halia bentong tuu memang tak pernah dengar hahha. memang suka minuman berasaskan halia ni macam2 fungsi untuk badang lepasni boleh la cari jenama caroma pulak
Ini minum mesti banyak kali kentut kan. Tanda buang angin..tapi baguslah bagi yang orang selalu sebu dalam badan ni.
Minum ni kEna quaratin kat rumah.kang kalau keluar dok kentut2.lain pulak cerita kah2.Tapi syok jugak kalau dapat minum ni..boleh buang angin
sedap nyer. i like!
halia, serai. madu. suam-suam. lemon skit. OMG!
detox. kena stay home lah….
lebih elok num mlm hari.
yg ni da siap-siap. segera. terus minum aje. perfect.
I love anything ginger, just give it to me, no complain hihi
Tapi bentong ginger ni yang tak pernah dengar ni
Ok lah, kita amik simple aja, ready made from CAroma
5 Jenis Niche Blog Yang Boleh Buat Duit
Ros bukanlah penggemar minuman yang berasaskan halia-halia ni. Jarang sangat minum kecuali kalau perut rasa sebu.
Tapi bila tengok teh halia bentong ni, macam nak cuba pulak. Yang perisa honey lemon tu macam sedap jer. Hihi
Badan saya ada masa memang ada angin. Kalau kena tumbuk halia buat air halia minum dengan air suam panas. Bila dah ada caroma teh halia ni lagi senang kot.beli dan nak minum.terus bancuh jer.
ever since i heard about caroma, i have been wanting to try it out badly..tomorrow i am going to get one for myself..hehehhe
daripada dulu lagi halia ni popular dari segi kesihatan. ramai yang letak dalam air teh
Haih, tak pernah la suka air yang based halia ni. But this want mcm exceptional sbb ada with honey and honey lemon kan, maybe I should try!
Ana pernah cuba satu jenama teh halia ni tapi tak berapa nak masuk. Padahal badan bukan main banyak angin. Next nak try lah bentong halia tp ynf honey lemon tu. Mana tau kena dgn selera kan.
Liez suka klau ada halia. Lepas tu buang angin mmg best. Even liez suka bg anak2 makan halia bagus utk imune
Nampak menarik betul Caroma Ginger Tea ni. Since ramai cakap sedap, teringin jugak lah nk rasa haha. Tak pernah lagi minum any teh halia before ni tapi bila baca & tgk gmbr2 ni makin membuak pulak rasa nak try teh ni hehee.
Halia Bentong?? Wah first time dengar ni. Rupanya famous dan ada macam khasiat ya. Biasa kita denhar halia biasa je. Btw macam best je produk ni. Nanti boleh cubalah
Oo memang dihasilkan menggunakan halia dari Bentong. Ok juga boleh juga try. Tapi kalau nak try kena try kat rumah je Opss
Ehhh dah ada Caroma Bentong Ginger Honey ekk?? Rasa sis dulu tak ada..entah lah kot2 sis tak dapat rasa yg tu kot. Nanti nak gi rasa lah
I always drink a cup of ginger tea to ensure my stomach warm and prevent unwanted disease. I saw a lot if post for Caroma and I think this is a good product. Must give a try on this.
Yess!!! I love the Bentong Ginger Tea also. That day nasib baik ada bawa with me to singapore, sampai sana macam masuk angin i terus buat secawan lepas itu dah ok.
Kak suka makan ginger….dapat minum ginger tea bentong pasti sedapkan?buang angin lagi