Kalau ikutkan, otak dah tahap tepu bila dah berbulan-bulan tidak digunakan sebaik mungkin.
Tiba-tiba, ada yang ajak sertai aktiviti yang mencabar otak dan minda di Code Factory yang terletak di Jaya Shopping Centre.
Apa ke bendanya Code Factory ini?
Tak kan la dia nak ajak gua hack aka pecah kod keselamtan ATM sama macam kes mesin ATM kena hack di Johor baru-baru ini.
Gua dah lama cuci tangan benda-benda macam ini he…23x
Oh bukan Namee Roslan yang ajak Bro main benda-benda macam ini. Tapi kawan dia yang ajak.
Takat nak pecah kepala, ok je, kalau ada yang sudi belanja. Dah lama tak peningkan kepala dengan benda-benda yang mencabar.
Ini group Bro – Stylo Mylo (jangan tanya macam mana dapat nama ini)
Terdapat 4 bilik untuk anda cuba di Code Factory. Setiap bilik mempunyai cabaran yang berbeza, begitu juga dengan situasi yang berbeza.
Matlamatnya?
Kena selesaikan segala bala misteri, kod dan teka-teki yang berada didalam bilik tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.
50 minit je, kalau tidak……!!!
Tak best la, nak best, kena la perah kepala otak ini berfikir dan selesaikan semua misi dalam tempoh masa ditetapkan. Lagi cepat lagi bagus. Kerjasama dalam kumpulan itu perlu.
Bilik yang kami pilih – Operation 174.
Antara bilik lain yang turut disediakan untuk anda rasai tekanan jiwa dan perasaan memerah kepala otak :-
- LOST
- Classroom Murder
- Operation 174
- Burn Out
Dengar cerita ada pemain yang terjerit-jerit bila sewaktu bermain dalam salah satu bilik yang disediakan. Tak tanya pula bilik yang mana satu.
Rasanya korang sendiri boleh teka kot He…23x
Gambar bersama Barry – Orang kuat Code Factory.
Dia cakap, team Bro bagus. Masing-masing macam tahu peranan dan pandai selesaikan misi-misi yang diberi.
Sedangkan…
20 minit permainan. Bro masih blur-blur lagi. Susah nak pastikan sel-sel otak berhubung setelah berbulan-bulan tidak digunakan sebaik mungkin.
Code Factory – Jaya Shopping Centre
Bagaimana pula dengan harganya?
Isnin – Jumaat (pukul 10 pagi – 5 petang) – RM32
Isnin – Jumaat (pukul 5 petang – 10 malam) – RM36
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (pukul 10 pagi – 10 malam) – RM36
Harga untuk seorang pemain/satu bilik (permainan)
Seeloknya, datang berkumpulan (6 orang satu kumpulan pun dah kira ok). Kerjasama perlu ada untuk selesaikan, jangan lupa ada yang bergaduh siap tak bertegur sapa selepas habis permainan.
Nampak happykan. Hilang stress kejab selesaikan 2 bilik di Code Factory. Lagi 2 bilik, next time. Korang ada bran?
- Address : Lot 2-05 & 06A, Second Floor, Jaya Shopping Centre, Jalan Semangat, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
- Contact Us : +6012-376 7151 / +6016-363 6180
- Email : info@codefactory.com.my
- Twitter: https://twitter.com/Codefactory_My
- Facebook: https://www.facebook.com/codefactory.com.my
- Website: http://www.codefactory.com.my/index.php
Dia ala2 mcm escape room lah kan? woooo
Yup lebih kurang macam escape room juga
bro gambar kat dalam bilik xda ker…
Mereka tak benarkan pula ambil gambar dalam bilik
Assalamualaikum,
Keputusannya?
kepala yg pecah ke pintu bilik dah kena pecah?
Keputusannya.. Berjaya juga keluar dari bilik itu… Tiada pintu atau kepala yang pecah.
Terus otak berfungsi dengan baik dan darah mengalir dengan sempurna membawa oksigen ke otak la la la
Kalau main tentu tidak jumpa jalan balik. :)
Jangan la main sorang-sorang :)
oh dalam setiap bila ada games yang berbeza rupanya.menarik..
Kalau main sensorang boleh pecah kepala dibuatnya
Macam Escape Room ek. Mmg kne ‘think out of the box’ ni
Memang macam… Tapi ok je… Agak mencabar gak, bila ada banyak kepala nie
menarik…memang suka selesaikan teka teki…baru kali pertama dengan mengenai code factory ni.thank you for sharing
Ada masa jom la ke sana… Bro pun baru pertama kali jejak Jaya Shopping Centre.. Dah berwajah baru :)
game yg sampai jerit2 tu nestu best kot..heee. mana rupa dlm bilik tu bro…
Itu maknanya ada element kejutan he..23x
macma best je cabaran macma ni…kasi pecah kepala sekali sekala
Kalau ikutkan tak pecah kepala. Sebab buat kerja dalam kumpulan. Buat sensorang, memang boleh pecah kepala jadinya
ohh..
kat PJ. Macam leh je bawa bini nanti.
Bini hang dok mana?
kena pergi tgk sendiri ni…
Sila kan.. Bro minggu depan nak pergi lagi nie
Waaa menariknyaaa…cuti sekolah esok bole la ke KL nak mencuba, tp nak kena cari team yg otak berkembang ni, jgn cari yang perut buncit, susah nanti…hahahahahaah
Ada tetapan umur tak bole masuk?
Xde had umur… Asalkan tak mengandung atau lemah semangat dan tak boleh tertekan. Risau ada kesan sampingan pula nanti
Escape Room pun saya tak cuba lagi…apatah lagi ni..teringin nak cuba…mesti mencabar kan…:D
Nak x? Kalau nak jom minggu depan.. Bro buat blogger day out.. leh dapat 50% diskaun
Menarik.. Harga tu bukan per kepala kan?
Typo2.. Harga tu per kepala kan? Ni yg betul.. Haha!
macam best! boleh try ni