Baru-baru ini Bro dijemput sebagai media untuk menyertai FamTrip sempena Lake Toba Festival 2014 bersama AirAsia Indonesia dengan kerjasama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Indonesia.
Pengalaman selama 5 hari disini amat berharga dimana pengisian padat dan kami diberi layanan istimewa dari kedua-dua pihak.
Kehadiran kami ke sini, disambut oleh pihak AirAsia Indonesia di lapangan terbang antarabangsa mereka yang terbaru, Kuala Namu International Airport, Medan mengantikan lapangan terbang mereka yang terdahulu.
Tidak lupa juga wakil PR yang menguruskan media semperna festival ini.
Ini merupakan kali ke dua Bro datang ke Medan, Indonesia.
Jika sebelum ini, Bro hanya berada disekitar Medan, bandar ke-3 terbesar di Indonesia.
Kali ini, Bro dibawa ke Danau Toba untuk cover story mengenai Lake Toba Festival 2014 yang berlangsung disana dari 17 – 21 September 2014. Perjalanan ke Balige (lokasi festival) mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Medan.
Bersama rakan media asing yang turut serta hadir membuat liputan untuk festival ini.
Alhamdulillah tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Ada juga yang fasih berbahasa Indonesia, kerana pernah menetap di Indonesia satu ketika dulu.
Bersama wakil AirAsia Indonesia – Ika dan wakil PR – Fitrah.
Mereka berdua banyak membantu menguruskan perjalanan kami sewaktu berada di sini dan ketika pulang ke Malaysia.
Pertama kali dapat layanan istimewa sebelum menaiki Kapal terbang walaupun kami tiba 30 minit sebelum ianya berlepas. Kalau tidak, tak balik Malaysia la jawapannya kami.
Ini kerana terdapat pertukaran jadual penerbangan. Selamat kami check awal-awal.
Comel kan….!!!
Jangan tanya siapa dia.
Kecuali anda memang nak datang ke Medan menaiki AirAsia he…23x
Kami sahaja 3 wakil media dari Malaysia.
Memang nampak macam 1Malaysia kan. Terbaik….!!!!
Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak AirAsia terutama AirAsia Indonesia. Begitu juga dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Indonesia atas FamTrip ini. Diharap di lain masa, jangan lupa menjemput kami lagi.
amboi semat bergamabr dengan awek tu..ada no fon tak..hahaa
Mesti la tiada no fon dia. Lain la kalau nak selalu ke Medan…
oh ini gambar pergi indon
Ada banyak lagi gambarnya, cuma malas nak reveal he…23x
wahh…banyak gambar selfie. tahniah sekali lagi, antara 3 orang M’sia yg terpilih. syok baca cerita bro kat entry yg lepas2.
Sebab banyak gambar dari handphone je nie. Dari kamera belum lagi terlintas nak kongsikan dalam blog :)
thanks bro sudi singgah/baca dan komen di blog saya..
good info ni…im going to Indo in two weeks, mmg sesuai entry ni..thanks…
Sama-sama harap sudi datang ke blog bro yang biasa-biasa nie.. Sekali sekala je ada cerita yang menarik untuk dibaca.
Pergi Indo sebelah mana ya?
Sukanya dgn jaket tu
Limited Edition katanya.
Staff pun tak boleh dapat. Hanya ada di AirAsia Indonesia dan bukan untuk dijual
sempat shopping tak bro?? ekekekke biasalah pompuan..:p
He..23x Bro x shopping pun… Pergi bawa beberapa ratus rupiah. Balik pun macam tak terusik sangat duitnya
seronoknya…
Wah, bestnya melancong dengan FREE ni..pegi tempat best pula tu
sweater tu cantikkkkk
untungla..bertuahla bro dpt jenjalannnnn hmmmm
Menarik Bro.. pengalaman yg hebat & menyeronokkan. Tengok pun seronok.. nice sharing.. :) :)
fuhhh…bestnya dapat pergi trip ke sana…
P.S – sweater tu memang smart bro…tapi sayangnya Limited Edition la pula…huhu
Bertuahnya dapat sponsor ini…lain kali sila pelawa akak.
wah! bertuahnya dapat jenjalan kan? Nanti jangan lupe ajak saya plak