Cantik tak gambar Bro bersama dengan Teddy ‘Vampire’ Bear ini?
Diambil menggunakan Nikon D5100 sewaktu Bro singgah sebentar di Teddy Bear Museum sewaktu FAM Trip AirAsia bersama rakan media di Pattaya, Thailand.
Kredit tukang ambil gambar : Wartawan Harian Metro.
Antara rakan media yang turut sama menyertai FAM Trip kali ini.
Kredit gambar : Pena Berkala.
Dengan tiket masuk berharga 500 Baht (dewasa) & 300 Baht (kanak-kanak), terdapat 12 zon seluas 2,500 meter persegi untuk anda terokai. Ianya telah dibuka pada October 2013 dan lebih dikenali sebagai Teddy Island.
Jom layan beberapa gambar yang sempat Bro ambil.
Ada disediakan tempat mengelunsur sekiranya anda tidak mampu menuruni menggunakan tangga.
Bro Framestone @ Teddy Bear Museum, Pattaya
T.E.D.D + Aksi Bro = TEDDY…
Jangan lupa ambil gambar di port ini. Sebagai kenang-kenangan bukti anda pernah sampai ke sini.
Sebelum keluar dari muzium ini,
Terdapat kedai cendermata berbentuk Teddy Bear untuk anda beli sebagai tanda kenang-kenangan.
Sekiranya anda datang ke Pattaya, jangan lupa masukan Teddy Bear Museum dalam list lokasi yang perlu anda kunjungi. Maklumat lanjut anda boleh rujuk pada maklumat dibawah :-
Teddy Bear Museum – Pattaya, Thailand
436/49 Moo 9 Soi 1, Beach Road,
Nong Prue, Banglamung, Chonburi. 20150
Facebook: Teddy Island Thailand
Tel: +66-3841-1285 Fax: +66-3842-0480
Website: www.teddyisland.co.th , www.teddybearmuseumpattaya.com
Waktu Operasi : 9 Pagi – 10 malam (waktu Thailand)
Iklan : Kini AirAsia menyedikan 4x penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Pattaya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.airasia.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Nampaknya beruang dimana-mana. Tidak teringin nak bawak balik? :)
Mahal…. Limited Edition
wah! dah ada kat Thailand dah. Lepas ni tak perlu pergi jauh sampai ke Jeju Island.
Yup, sudah ada di Thailand
aku minat museum. tapi nak pergi museum beruang macam malas je. nak nak bila bro dan beruang adalah geng hehehe… eh panda lalalala
ok boleh konsider pergi