Masih menunggu pengumuman tarikh Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati. Malangnya sehingga kini, ianya masih belum diumumkan.
Maka Bro terus plan sepetang di Bukit Malawati, Kuala Selangor bersama isteri dan anak perempuan – Nur Elfisha.
Bak kata puan isteri.
Bukan senang nak tengok atau dengar Bro ajak keluar jenjalan lagi-lagi kalau xde event atau aktiviti bersama rakan blogger. Bro cakap je nak bawa family keluar jenjalan. Terus puan isteri menyiapkan apa yang perlu disiapkan.
Nampak senyuman terpamer pada muka dia.
(Nampak sangat dah bosan duduk dekat rumah sepanjang cuti bersalin he..23x)
Perjalanan ke sana tak ambil masa yang panjang. Lebih kurang setengah jam je dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ikut Latar. Siap sempat singgah perkena Karipap Gergasi di tepi jalan menghala ke sana.
Pada hujung minggu dan hari cuti umum, ada disediakan trem untuk pengunjung.
RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Trem ini akan membawa anda naik ke Bukit Malawati dan kemudian ke Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor.
Trem beroperasi setiap 30 minit (kalau x salah Bro).
Comel tak penghuni yang mendiami dan menceriakan suasana di atas Bukit Malawati?
Info dari Wikipedia
Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.
Ianya pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
rindunya kampung halaman, kampung saya di tanjung karang, dulu masa budak-budak sekolah, selalu melepak bukit ni…
Kalau nak balik, boleh singgah rumah Bro kejab.. xjauh pun dari sana.
Sepanjag saya tinggal di Sabak Bernam, belum pernah lagi saya bawa keluarga jalan-jalan ke Bukit Melawati… Saya pernah pergi ke sini dua kali.. Iaitu masa sekolah rendah dulu.. hehehe
Lama sangat dah tue….
Kat sini ke yang ada orang buat paragliding tu?
Bro pun xpasti, ada juga usha-usha tapi xnampak la pula portnya…
alahai fisya…aunty alin rs nak gigit2 kamu…hehehe
heppp heppp jangan gigit….
ada pe kat sana ?
Tiada apa-apa yang menarik, tetapi dapat melihat pemandangan dari puncak bukit yang pernah dijadikan kubu dan pusat pemerintahan kerajaan terdahulu :)
Sampai ke sini berjalannya…untung fisya….
xde jauh sgt dari rumah….
Tak pernah lagi jejak kaki disini..ingat nak kesini juga nanti….
comel plak tengok monyet tu. hehe..
Jinak-jinak Lutong disini. Tempoh hari guna naik tangga ke atas sebab tidak tahu ada kenderaan disediakan boleh naik ke atas.
Kenderaan tue tiap hujung minggu n hari cuti je.. xtau juga, tp tergoogle seblum dtg…
tak pernah pulak naik ke Bukit Malawati ni…macam best je kalau dapat tengok pemandangan daripada atas tu :D
best kalau dtg time ramai anak dara lepak atas tue… memang cantik terus pemandangan he…23x
tapi ada ke dorang? kalau klcc tue, ramai la juga
Nanti fisha dah besar sikit kita bawa fisha gi sini lagi yer
sesekali dapat berjalan mestilah seronok.. Nak2 lg bila suami sendiri yg offer.. Ni kalau tak mintak bwk berjalan wat dekk jer.. Gugugu~~
Rosmiza Ali Official Blog™