You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Karipap Gergasi Kuala Selangor

17,288,685 total views, 4,356 views today

Karipap Gergasi Kuala Selangor

Karipap Gergasi Kuala Selangor
Karipap Gergasi?

Nampak je nama gerai ini, secara mendadak Bro membrek kereta lalu berhenti di tepi jalan. Wow…!! Namanya mampu menarik perhatian Bro sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor melalui Jalan Bukit Rotan.

Tak kisah dari arah mana sekali pun, pasti anda akan bertembung dengan gerai Karipap Gergasi ini. Gerai ini betul-betul berdekatan dengan Cendol Bakar yang terkenal disini.

Karipap Gergasi Kuala Selangor

Apa landmarknya?

Jika korang jenis pemandu yang berhemah atau jenis alert. Pasti anda akan nampak gerai ini sewaktu memandu. Jika terlajak, boleh undur balik. Tapi kena hati-hati. Ada masanya jalan di sini agak sibuk.

Waktu membeli tadi, ada pula awek comel tengah membeli sama. Hanya sempat ambil gambar, tak sempat nak bertegur sapa (menemuramah beliau untuk dijadikan testimoni dalam blog ini).

Selain karipap gergasi, terdapat juga otak-otak dijual disini.

Karipap Gergasi Kuala Selangor

Apa yang menariknya Karipap Gergasi ini?

Saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan anda. Berharga RM3.50 dimana boleh didapati dengan inti ayam dan daging. Sedap dimakan panas-panas (kalau makan time hujan dan kesejukan, memang sedap)

Intinya agak banyak dan padat, sedap pula tue.

Tadi plan nak beli nak bawa naik Bukit Malawati. Malangnya, dalam perjalanan ke sana dah settle dah he..23x Sedap dimakan panas-panas πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Karipap Gergasi Kuala Selangor

Leave a Reply

Top