Baru-baru ini, Bro bertuah memenangi giveaway sepasang kasut Spin Surge daripada Spin Malaysia.
Sebagai seorang yang aktif berlari, Bro teruja untuk mencuba kasut larian dengan teknologi plat karbon (carbon plate) pertama jenama dari Malaysia ini.
Spin Surge dilengkapi dengan plat karbon penuh yang direka untuk memberikan kesan “spring-like” pada midsole, membantu pelari mendapatkan tolakan dinamik pada setiap langkah.
Inovasi ini membantu mengekalkan kelajuan dengan usaha yang lebih sedikit, mengurangkan keletihan semasa larian jarak jauh dan meningkatkan daya tahan.
Sebaik sahaja menerima kasut Spin Surge, Bro terus membuka kotaknya (unboxing). Bro terus tertarik dengan rekaan kasut ini tampak moden dengan gabungan warna yang menarik.
Hadir dengan 2 pilihan warna – putih & oren). Bro dapat yang berwarna oren.
Bahagian atasnya diperbuat daripada bahan mesh yang ringan dan bernafas, memastikan pengudaraan yang baik semasa berlari.
Tapaknya pula direka dengan cengkaman yang kukuh, sesuai untuk pelbagai permukaan larian.
Pengalaman Larian Menggunakan Spin Surge.
Semasa sesi larian pertama, Bro merasakan perbezaan yang ketara. Setiap langkah terasa lebih bertenaga, seolah-olah ada tolakan tambahan yang membantu Bro bergerak ke hadapan.
Kasut ini juga memberikan keselesaan yang optimum, tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan walaupun selepas larian jarak jauh.
Selepas beberapa minggu penggunaan, Spin Surge menunjukkan ketahanan yang baik. Tiada tanda-tanda haus yang ketara pada tapak atau bahagian atas kasut.
Ini menunjukkan bahawa kasut ini direka untuk penggunaan jangka panjang, sesuai untuk pelari yang kerap berlatih.
Secara keseluruhan, Bro sangat berpuas hati dengan kasut Spin Surge. Ia bukan sahaja menawarkan teknologi terkini dengan harga yang berpatutan, tetapi juga memberikan prestasi yang cemerlang.
Bagi mereka yang mencari kasut larian berkualiti tinggi dengan teknologi plat karbon, Spin Surge adalah pilihan yang tepat.
Kata Kunci :
- Spin Surge
- Kasut larian plat karbon Malaysia
- Review kasut Spin Surge
- Pengalaman menang giveaway Spin Malaysia
- Kasut larian terbaik buatan Malaysia
Untuk melihat lebih lanjut mengenai Spin Surge, anda boleh menonton video ulasan di bawah dari sahabat runner – Al Rumie :
Pernah tengok logo kasut ni. Oh! rupanya jenama buatan Malaysia.