March 25, 2025

Pilihan Sihat: OATSIDE Protein dengan 20g Protein & Tanpa Gula Tambahan!

OATSIDE Protein dengan 20g Protein

OATSIDE Protein: Minuman Oat Berprotein Tinggi Kini di Malaysia! Tingkatkan Gaya Hidup Aktif dengan 20g Protein dalam Setiap Pek

Sebagai individu yang aktif, Bro selalu cari sumber protein yang mudah dan berkhasiat untuk sokong gaya hidup sihat.

Nah, berita baik! OATSIDE kini memperkenalkan OATSIDE Protein, minuman oat berprotein tinggi yang direka khas untuk mereka yang ingin mengekalkan kecergasan dan kesihatan.

Kenapa Protein Penting?

Mengikut saranan Malaysia Recommended Nutrient Intake (MRNI), setiap orang dewasa perlu mengambil 1g protein bagi setiap kg berat badan.

Kalau korang jenis aktif atau nak bina otot, keperluan protein mungkin lebih tinggi. Tapi, realitinya, ramai rakyat Malaysia tak cukup protein dalam diet harian mereka.

Protein penting untuk membaiki tisu, mengekalkan jisim otot, dan menyokong sistem imun, jadi Bro memang syorkan untuk pastikan korang dapat jumlah yang mencukupi!

Apa yang Best Tentang OATSIDE Protein?

OATSIDE faham cabaran kita dalam cari minuman protein yang bukan sekadar berkhasiat, tapi juga sedap. Dengan 20g protein berasaskan tumbuhan, hanya 2g lemak, dan tanpa gula tebu tambahan, OATSIDE Protein jadi pilihan terbaik untuk korang yang nak alternatif sihat dan berkhasiat.

Sebagai perbandingan, 3 biji telur mengandungi 20g protein tetapi dengan 15g lemak. Jadi, kalau korang nak lebih protein dengan lemak yang lebih rendah, OATSIDE Protein memang pilihan yang lebih baik!

Sumber Protein Berkualiti Tinggi

OATSIDE Protein

Protein dalam OATSIDE Protein berasal daripada protein kacang pis bukan-GMO yang telah melalui proses percambahan. Proses ini membantu:

  • Meningkatkan kadar penyerapan protein oleh tubuh.
  • Memastikan semua 9 asid amino penting terkandung dalam setiap pek.
  • Menyediakan lebih 3,000mg Branched Chain Amino Acids (BCAA) untuk sokongan otot.
  • Dihasilkan tanpa menggunakan pemprosesan kasar seperti hidrolisis asid.

Pilihan Perisa Menarik

OATSIDE Protein hadir dalam dua perisa yang sedap dan menyelerakan:

OATSIDE Protein Vanilla

  • Lembut, berkrim dan klasik. Sesuai untuk mereka yang suka rasa vanila yang menyegarkan.

OATSIDE Protein Coklat

  • Penuh dengan rasa coklat yang pekat dan dua kali ganda koko, memberikan rasa yang lebih kaya. Kalau korang pencinta coklat, ini wajib cuba!

Apa Kata Mereka yang Dah Cuba?

OATSIDE Protein Review

Tak percaya? Jom tengok apa kata mereka yang dah mencuba OATSIDE Protein:

“OATSIDE Protein memang game changer! Dengan 20g protein, BCAA, dan harga berpatutan, ia memang mudah dibawa dan sesuai untuk gaya hidup aktif!”Shazmone, Jurulatih Pilates di Sunday Pilates.

“Saya suka OATSIDE Protein sebab ia lengkap untuk mulakan workout saya. Ia buat otot saya lebih cepat pulih, dan sesuai untuk pagi yang malas nak makan berat.”Tatty, Jurulatih di Fly Project.

“Perisa Coklat memang favourite saya! Ia pilihan utama saya untuk top up tenaga selepas senaman.”Lucas Chew, Atlet Badminton & Pempengaruh.

Boleh Didapati di Mana?

Bro tahu, kalau produk best macam ni, korang mesti nak tahu kat mana boleh dapatkan. Jangan risau, OATSIDE Protein kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka termasuk:

  • Qra, MyNews, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON Big, CU Mart, Ben’s Independent Grocer, Lotus’s, dan Family Mart.

Bagi yang suka shopping online, korang boleh dapatkan OATSIDE Protein di:

  • Shopee, Lazada, dan platform TikTok OATSIDE.

Jangan lupa follow @oatside di Instagram untuk info terkini, promosi menarik, dan giveaway eksklusif!

OATSIDE Protein – Pilihan Terbaik untuk Tenaga & Kesihatan

OATSIDE Protein Bro Framestone

Bro rasa OATSIDE Protein ni memang sesuai untuk sesiapa yang nak gaya hidup aktif tanpa kompromi dari segi rasa dan nutrisi. Dengan 20g protein, tanpa gula tambahan, dan dua perisa sedap, ia pilihan terbaik untuk tenaga sepanjang hari.

Dah cuba OATSIDE Protein? Jom kongsi pengalaman korang!

Keywords:

  • OATSIDE Protein
  • Minuman oat berprotein
  • Protein tumbuhan
  • Minuman protein tanpa gula
  • Susu oat tinggi protein
  • Minuman sihat untuk kecergasan
  • Protein untuk bina otot
  • Minuman tenaga sihat
  • Gaya hidup aktif

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *