July 16, 2025

Sampul Duit Raya Eksklusif ARTJAMILA: Hadiah Istimewa dari CARiNG Pharmacy

CARiNG Pharmacy ARTJAMILA

CARiNG Pharmacy Sambut Aidilfitri dengan Kempen “Syawal di Hati, Kenangan Abadi”

Bro nak kongsi satu berita best sempena Aidilfitri ni! CARiNG Pharmacy bawakan kempen istimewa, “Syawal di Hati, Kenangan Abadi,” yang bukan sekadar meraikan Raya, tapi juga mempromosikan kesedaran tentang autisme dan inklusiviti.

Lebih menarik, kempen ini berkolaborasi dengan ARTJAMILA, atau nama sebenarnya Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, seorang artis savant Malaysia yang terkenal dengan karya seni ekspresif dan penuh warna-warni.

Kolaborasi Seni yang Bermakna

Sempena Raya tahun ni, CARiNG Pharmacy mempersembahkan sampul duit raya edisi terhad hasil rekaan ARTJAMILA, bertajuk “The Joy of Raya.” Lukisan ini menggambarkan keceriaan, kebersamaan, dan keindahan Aidilfitri, sambil mengetengahkan bakat artis neurodivergen dalam seni visual.

“Sebagai jenama yang menitikberatkan hubungan dengan komuniti, kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan ARTJAMILA. Kami memastikan setiap perincian dalam karyanya disampaikan dengan tepat, menghormati ekspresi seninya dan dalam masa yang sama, menjayakan misi kempen ini,” kata wakil dari CARiNG Pharmacy.

ARTJAMILA pula meluahkan rasa gembiranya, “Saya sangat teruja bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy kerana kempen ini memberi peluang untuk saya berkongsi seni dan kisah saya kepada khalayak yang lebih luas. Saya harap hasil seni saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti, dan keindahan inklusiviti.

Lebih Daripada Sekadar Sampul Raya

CARiNG Pharmacy’s Exclusive ARTJAMILA Raya Packets

Kempen Syawal di Hati, Kenangan Abadi bukan setakat memperkenalkan sampul duit raya eksklusif, tapi juga akan disertai dengan pelbagai inisiatif menarik lain yang berpaksikan empat teras utama:

  1. Berkhidmat kepada komuniti – Menyokong usaha sosial dan mengetengahkan bakat pelbagai latar belakang.
  2. Gaya hidup sihat – Memupuk kesedaran kesihatan melalui inisiatif farmasi.
  3. Meraikan penjagaan diri – Menawarkan promosi kesihatan dan kesejahteraan.
  4. Memenuhi keperluan Raya – Memberikan promosi eksklusif untuk pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna.

Melalui kempen ini, CARiNG Pharmacy terus berusaha mencipta impak positif dalam komuniti dan meraikan kepelbagaian dengan penuh makna.

Jualan Riang Ria Raya: Promosi Hebat Menanti!

Untuk menambahkan lagi keceriaan Raya, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, dan Wellings Pharmacy akan menganjurkan ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi’ Riang Ria Raya Sale dari 7 Mac hingga 7 April 2025. Ada pelbagai promosi menarik yang menanti, dan yang paling best, pelanggan yang berbelanja RM30 dan ke atas dalam tempoh ini akan menerima sampul duit raya edisi terhad ARTJAMILA secara percuma!

Jom Raikan Aidilfitri dengan CARiNG Pharmacy!

Jom Raikan Aidilfitri dengan CARiNG Pharmacy

Tahun ini, jom kita sambut Aidilfitri dengan penuh makna bersama CARiNG Pharmacy. Dari sampul duit raya edisi terhad, promosi istimewa, sehinggalah kepada mesej inklusiviti yang dibawakan, ada banyak perkara menarik yang boleh kita sertai dalam kempen ni.

Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa lawati laman web dan media sosial rasmi CARiNG Pharmacy di Facebook, Instagram, TikTok, dan X.

Untuk mengenali lebih dekat tentang ARTJAMILA dan hasil seni beliau yang penuh inspirasi, boleh layari laman web – artjamila.com dan media sosial rasminya di Facebook, Instagram, dan X.

Keywords :

  • CARiNG Pharmacy Raya 2025
  • Sampul duit raya eksklusif
  • Syawal di Hati Kenangan Abadi
  • ARTJAMILA Raya packet
  • Promosi Aidilfitri 2025
  • Jualan Raya 2025
  • Autism awareness Malaysia

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *