April 30, 2024

Hidangan ‘Ayam Hot-Ah’ di The Chicken Rice Shop Sempena Tahun Baru Cina

Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop

Huat-ah! Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat rakan-rakan pembaca.

Sempena meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah.

Hidangan ayam yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina yang mampu memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada musim perayaan ini.

Ianya boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023 di cawangan The Chicken Rice Shop (TCRS) berdekatan anda.

Menu Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop

Hidangan Ayam Hot-Ah disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”!

Sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menyediakan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk pilihan anda.

Meal Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop

Makan Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop

Bro tidak lepaskan peluang ini dengan mengajak rakan-rakan Bro pergi menikmati hidangan ‘Ayam Hot-Ah’ di The Chicken Rice Shop sewaktu cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Nampak meriah atas meja kami kan?

Kami order Menu C untuk hidangan ‘Ayam Hot-Ah’, khas untuk 4 orang pada harga RM99.90. Memang berbaloi-baloi untuk dinikmati sambil luangkan masa bersama waktu cuti perayaan ini.

Anda mesti tertanya kenapa Bro ajak rakan-rakan makan ‘Ayam Hot-Ah’ di The Chicken Rice Shop. Ye betul, sebab Bro nak ajak dorang sertai Cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ yang sedang berlangsung sekarang ini.

Cabaran ‘Ayam Hot-Ah’

Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’.

Anda dijemput untuk merekod dan menghantar video jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif.

Anda boleh hasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” dengan mencabar rakan mahupun ahli keluarga anda antara satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing.

Cabaran ini adalah anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.

Syarat:
1. Buat #HotAhChallenge dengan jeritan “HOT-AH” terpanjang dan terkuat!
2. Anda boleh menggunakan TikTok timer dan anda bebas menggunakan sebarang filter TikTok mengikut kreativiti video anda.
3. Hantar video cabaran melalui FB reels/ IG reels/TikTok dengan #TheChickenRiceShop dan tag @thechickenriceshop

Pastikan post anda diletak tetapan kepada umum (public).

Jom sertai cabaran menarik ini dan berpeluang memenangi baucar sedapZ dari The Chicken Rice Shop (TCRS)!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *