Filem aksi yang dinantikan awal tahun 2013, yakni Coast Guard : Ops Helang yang memaparkan perjuangan Pasukan Maritim Malaysia dalam mempertahankan sempadan lautan tanah air dari ancaman lanun.
Filem ini diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) mendapat kerjasama daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.
Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah.
Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.
Al-Fatihah buat Allahyarham Pitt Hanif.
Coast Guard telah mempertaruhkan Saharul Ridzwan, Julia Farhana dan Adlin Aman Ramli serta pelakon lagenda Malaysia, Sabri Yunus sebagai barisan utama.
Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Fizz Fairuz, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Kebanyakan pelakon terpaksa menjalani latihan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selama sebulan bagi mempersiapkan diri untuk filem ini.
Perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017 mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem.
Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.
Sinopsis Filem Coast Guard : Ops Helang
Filem Coast Guard : Ops Helang mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang ingin memulakan kehidupan baharu setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul disebuah pulau, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.
Bagaimanapun, ia tidak berakhir disitu dimana krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan dan kewibawaan APMM.
Ini menyebabkan satu operasi besar-besaran, yakni Ops Helang diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit berjaya ditumpas.
Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.
Trailer Filem Coast Guard : Ops Helang
Review Filem Coast Guard : Ops Helang dari Bro Framestone
Filem Coast Guard : Ops Helang merupakan salah satu filem yang Bro nantikan sejak tahun lepas selepas menonton trailernya.
Mungkin ada yang menyamakan filem ini dengan filem aksi terdahulu yang melibatkan agensi keselamatan / ketenteraan dengan jalan cerita yang agak klise.
Bro juga tidak terkecuali sehingga berpeluang menonton ia baru-baru ini.
5 minit pertama penonton telah disajikan dengan aksi-aksi yang dibawakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sekaligus menampak sisi sebenar APMM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab melindungi sempadan lautan tanah air kita.
Kebanyakan aksi pertarungan dilakukan sendiri oleh barisan pelakon yang pasti mendebarkan, yang pasti pada pendapat Bro agak mengerunkan seperti ia benar-benar berlaku.
Paling menarik perhatian Bro, plot twist dan kejutan yang dibawa oleh pelakon-pelakonnya mampu memberi suasana / perasaan ‘international’ kepada karya ini. Memang patut filem ini ditayangkan serentak di Malaysia dan luar negara seperti Brunei & Singapura.
Komitment pelakon dalam aksi pertarungan diakui sendiri oleh mereka yang terpaksa mencari masa sendiri untuk berlatih bagi memastikan aksi tersebut berjaya disampaikan kepada penonton.
Bagaimanapun, mungkin anda rasa macam ada part-part yang lemah + tergantung. Biasalah, ada banyak babak dipotong dan ditapis oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan ia boleh ditayangkan di Malaysia. Cuma Bro harap ia tidak mengecewakan penonton di Brunei & Singapura.
Jika selama ini, anda mungkin menganggap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sama je dengan Navy. Rupanya berbeza dan banyak operasi mereka adalah sulit yang mungkin orang awam sendiri tidak tahu.
Dan Bro tak salahkan korang jika tiba-tiba terasa nak apply jadi Pasukan Maritim Malaysia selepas menonton filem ini.
Bro juga terasa nak apply sewaktu melihat Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di depan mata tempoh hari.
Bukan kaleng-kaleng…..
Spoiler : Ending dia macam ada sambungan untuk filem ini. Dan Bro harap sangat memang ada sambungan. FULL STOP…!!!
Untuk pengetahuan korang, Filem Coast Guard : Ops Helang bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini!