Baru-baru ini, Bro dan keluarga dijemput menghadiri Majlis Kesyukuran dan Sambutan Tahun Baru Cina 2014 MiG bersama media yang berlangsung di Shah Alam.
Kini MiG telah menerbitkan 100 buah filem dalam tempoh 14 tahun menjadikan ianya satu pencapaian yang cukup memberangsangkan bukan setakat di Malaysia mungkin di peringkat antarabangsa.
Paling ketara, sepanjang tahun 2013.
MiG telah mengungguli dengan kutipan melebihi 31% menerusi 17 buah filem yang ditayangkan – Paling cemerlang, Adnan Sempit 3, Minyak Dagu, Highland Tower dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
MiG juga meneruskan usaha melahirkan bakat-bakat baru sebagai pelapis pelakon pada masa akan datang.
Seramai 40 artis bernaung dibawah pengurusan MiG seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Fezrul Khan, Diana Amir dan ramai lagi.
Pada malam ini,
Beberapa blogger dan media diberi penghargaan oleh pihak MiG atas sumbangan dan sokongan mereka selama ini.
Bro salah seorang blogger dan media yang menerima penghargaan pada malam tersebut.
Terima kasih Bro ucapkan kepada David Teo dan ahli keluarga MiG yang selama ini memberi kepercayaan kepada Bro.
Selain blogger dan media. Beberapa rakan dari Sahabat DT dan juga krew yang menjayakan filem (yang meletop) sebelum ini turut diberi penghargaan oleh pihak MiG.
Tidak dilupa juga kepada Ahli keluarga MiG yang selama ini bertungkus lumus bertahun-tahun bersama MiG sehingga mereka berada di mana mereka berada sekarang.
Antara Staf MiG yang menghadapat penghargaan. Siap buat peace lagi.
Azhar – antara orang kuat MiG yang banyak berurusan dengan Bro sebelum dia pass Bro pada orang lain (banyak kerja katanya – ke naik pangkat nie).
Eh, dapat rumah sebiji kan?
Tak dilupakan juga isteri Bro – Iera Kan yang selama ini banyak memberi dorongan kepada Bro & anak yang memahami kenapa Daddy dia jarang ada dekat rumah he..23x
wahh! dapat ipad tu… angpow lagi.. tahniah2… :)
Eh mana tahu kami dapat angpow? xde gambar dan bahan bukti pun kan he…23x
Tahniah broo.ada diana amir lah. kirim kan salam ku buat dia. hihi lawanya dia bertudung. :)
Memang lawa, makan meja sebelah dengan suami dia.. Gambar beliau dengan suami, akan bro kongsikan di http://www.hyebro.com dalam masa terdekat
paling comel baby kecik tu…lelap jer mata dia…
dah lewat dah waktu ini, dah masuk waktu tidur dia…
kalau David Teo yang bagi sure berbaloi kan…hehehehehe
Bagi apa ek?
Nggak terasa ya sebentar lagi mau tahun baru Cina.
Selamat mengikuti majlis tersebut, semoga semuanya lancar …
tahniah bro…dapat ipad lagi pada malam tu..:D
Rezeki anak