January 25, 2025

Cawangan ke-100 Sushi King di AEON Mall Shah Alam

Perasmian cawangan Sushi King ke-100 di AEON Mall, Shah Alam
Alhamdulillah, dapat hadirkan diri ke majlis perasmian cawangan ke-100 Sushi King di Malaysia yakni di AEON Mall Shah Alam yang baru dibuka.

Sushi King telah beroperasi di Malaysia selama 21 tahun, dan pembukaan cawangan ke-100 merupakan pencapaian terbesar membuktikan mereka berkembang pesat bagi pasaran Malaysia.

Perasmian Cawangan ke-100 Sushi King di AEON Mall, Shah Alam

Litar berpusing (kaiten belt)

Untuk pengetahuan anda,

Sushi King juga merupakan perintis bagi hidangan sushi di litar berpusing (kaiten belt) di Malaysia.

Menurut pengasas Sushi King dan Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi, pembukaan ini melakar pencapaian yang amat penting dalam sejarah Suhsi King.

“Sushi King menawarkan hidangan Jepun yang berkualiti dengan bahan-bahan yang diimport terus dari Jepun, Norway dan sebagainya. Dengan slogan “Smiling, Served Fresh”, Sushi King dapat memikat pelanggan-pelanggan untuk menjadi rantaian restoran jepun kesukaan ramai di Malaysia.”

Sushi King 100th Outlet Launch
Cawangan Sushi King pertama dibuka pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, dan kini ia sudah berkembang kepada 100 cawangan, menyajikan rakyat Malaysia dengn hidangan makanan Jepun.

Tambahan beliau,

Pembukaan Sushi King di Malaysia bukan sahaja dapat mengerattkan hubungan antara Malaysia dan Jepun, malah merupakan suatu cara untuk menggalakkan pertukaran budaya antara dua buah negara.

Sushi King 100th Outlet Launch

Sempena pelancaran ini,

Sushi King telah menyumbangkan RM10,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka dalam membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Jepun (JRCS) semasa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Perasmian Cawangan ke-100 Sushi King di AEON Mall, Shah Alam

Perasmian cawangan Sushi King ke-100 di AEON Mall, Shah Alam

Sekiranya ada warga Shah Alam yang ingin menikmati Sushi, anda boleh datang ke

Sushi King @ AEON Mall Shah Alam
No. 1 Jalan Akuatik 13/64 D’kayangan Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Malaysia

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Cawangan ke-100 Sushi King di AEON Mall Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *