May 21, 2024

Atlas Vending Perkenalkan Mesin Layan Diri Produk Sanitari Percuma

Atlas Vending Produk Sanitari Percuma

ATLAS Vending, terkenal dengan penyelesaian mesin layan diri mereka yang inovatif, kini merevolusikan industri mesin layan diri dengan inisiatif terbaharu yang bertujuan untuk menangani kemiskinan haid.

Dengan kerjasama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail dan Libresse® Malaysia, ATLAS Vending menggunakan teknologi dan kepakarannya untuk menangani kemiskinan haid.

Pengenalan mesin ini merupakan satu langkah penting dalam misi ATLAS Vending bagi mengetengahkan isu tanggungjawab sosial dan berkhidmat untuk masyarakat.

Dengan menangani kemiskinan haid melalui inovasi dan belas kasihan, ATLAS Vending bertujuan untuk membantu para wanita menguruskan kesihatan haid mereka dengan yakin dan bermaruah.

Kemiskinan haid di Malaysia

Kemiskinan haid di Malaysia menggambarkan secara jelas isu akses terhad kepada produk kebersihan wanita yang selamat dan bersih, ditambah pula dengan kekurangan pendidikan tentang kebersihan haid dan kemudahan sanitasi asas.

“Ramai yang tidak menyedari kewujudan komuniti di mana wanita dan kanak-kanak perempuan bergelut untuk membeli produk kebersihan dan hanya mampu menggunakan kain buruk atau kertas, yang menyebabkan rasa malu dan bimbang yang membawa kepada ketidakhadiran sekolah semasa tempoh haid.” – Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd bagi pihak ATLAS Vending.

Bagi menangani keperluan mendesak ini, ATLAS Vending memperkenalkan mesin layan diri yang mengeluarkan produk kebersihan percuma bagi memastikan akses universal kepada produk kebersihan wanita yang penting.

“Penyelesaian inovatif kami menggunakan sistem kad akses untuk mengeluarkan pek kebersihan haid percuma bagi memelihara privasi dan maruah pengguna.

Melalui penggunaan teknologi dan pemahaman tanggungjawab sosial, kami ingin memudahkan akses terhadap produk kebersihan wanita, terutamanya bagi masyarakat terpinggir.”

Penerima kad access ATLAS Vending

Penyelesaian ATLAS Vending yang inovatif dan berpandangan jauh ini menggunakan sistem kad akses untuk mengeluarkan pek tuala wanita percuma bagi mengutamakan privasi dan maruah pengguna.

Dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan pemahaman tanggungjawab sosial, ATLAS Vending berazam untuk memudahkan akses terhadap produk kebersihan wanita, terutamanya bagi penduduk masyarakat terpinggir.

Bagi memastikan rangkaian yang meluas dan efektif, sebuah lagi mesin akan dipasang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) yang dahulunya dikenali sebagai HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Cheras di Bandar Tun Razak.

Sebanyak 600 penerima dari Sekolah Menengah Sains Selangor (S.M.S.S), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (S.M.K.B.T.R) dan HCTM akan menerima kad yang membenarkan mereka untuk menerima satu pek kebersihan haid percuma setiap bulan melalui inisiatif ini.

Untuk maklumat lanjut tentang ATLAS Vending dan kempen ini, sila layari https://www.facebook.com/atlasasia.co/ atau https://www.atlasasia.co/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *