July 29, 2021

David Teo Hadiah iPad Mini Kepada Blogger

David Teo Hadiah iPad Mini Kepada Blogger
Alhamdulillah, memang murah rezeki bulan ini. Bila sekali lagi dapat iPad Mini.

Kali ini, David Teo selaku CEO Metrowealth International Group (MiG) berbesar hati menghadiahkan iPad Mini kepada blogger dan media yang selama ini memberi kerjasama mempromosikan produk mereka.

Tak sia-sia, lebih 2 tahun Bro aktif bersama Metrowealth.

Bro terpilih dari kalangan blogger dan media untuk menerima pengiktirafan dari MiG sendiri (Kalau la David Teo nak bagi rumah macam staf dia dapat, mesti best).

Penyerahan hadiah telah disempurnakan baru-baru ini sempena 13 Tahun MIG dan Sambutan Tahun Baru Cina MiG.

Nisa Kay Bro Framestone

Rupanya bukan Bro sorang je blogger yang dapat.

Blogger retis Nisa Kay juga menerimanya menjadikan kami berdua blogger yang menerima penghargaan ini dari pihak MiG.

Tahniah buat Nisa,

Eh nampak macam sama cantik sama padan la pula bila bergambar berdua atas pentas. Selalunya, bro suka buat photoboom dekat gambar yang Nisa ambil :)

iPad Mini dan Sijil Penghargaan dari MiG

Sebagai penghargaan kepada kami,

Bukan sahaja iPad Mini dijadikan hadiah, bahkan kami juga diberi sijil penghargaan dari Majer Kehormat David Teo. Pehhhh…..!!! Dapat sijil tue.

Kalau pakai sijil ini, boleh mintak kerja dekat Metrowealth tak bos?

Kalau dapat, mana tahu dengan khidmat cemerlang yang bakal Bro berikan melayakan Bro dapat rumah sebiji ke dari MiG he…23x Apa-apa pun tahniah kepada staf MiG yang dapat rumah tahun ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “David Teo Hadiah iPad Mini Kepada Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *