Baru-baru ini, Bro telah menyertai majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Kali Ke-11 Malaysian Society of Hypertension (MSH) 2014 yang berlangsung di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur dari 17 – 19 Januari 2014.
Pada majlis ini turut dilancarkan Malaysian Clinical Practice Guidelines (CPG) on Hypertension oleh Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah, Ketua Pengarah di Kementerian Kesihatan. Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk membantu sektor awam dan swasta bagi penyedia penjagaan kesihatan dalam pengurusan tekanan darah tinggi dan mendapatkan matlamat yang sama untuk meningkatkan kualiti penjagaan dan rawatan penyakit ini.
Majlis 3 hari ini melibatkan seramai 8 orang panel antarabangsa dan lebih kurang 30 orang panel mewakili 400 delegasi bagi membincangkan isu hipertensi yang menjadi pembunuh no. 1 tanpa kita sedari.
Menurut Dr Abdul Rashid,
Bagi pesakit yang menghadapi tekanan darah tinggi, perlu mendapatkan rawatan yang betul dan ubat daripada doktor dan bukan bergantung kepada ubat-ubatan tradisional dan mitos-mitos semata-mata.
Sebahagian dari pesakit yang lebih muda (awal umur 20-30an) enggan mengambil ubat yang ditetapkan oleh hospital. Ini kerana mereka rasa ia ‘beracun’ dan mempunyai banyak kesan sampingan (seperti kesan kepada buah pinggang).
Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka akan mengalami kesan yang lebih besar jika mereka tidak mengambil ia.
Menurut Pengerusi MSH, Prof Datin Dr Chia Yook Chin,
Lebih baik kita mengambil tindakan awal sebelum ianya menjadi lebih teruk dan membawa kepada komplikasi lain kepada diri sendiri.
Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2011 edisi ke-4 oleh Kementerian Kesihatan, tekanan darah tinggi memberi kesan kepada 32.7 peratus daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Kaji selidik ini turut menunjukkan bahawa statistik ini diburukkan lagi oleh beberapa kes, sehingga kepada 19.8 peratus.
Ianya tidak termasuk baki yang masih tidak dikenal pasti.
Boleh dikatakan 9 dari 10 penghidap tidak menyedari mereka sebenarnya mengalami hipertensi tanpa melalui pemeriksaan awal.
Ianya boleh dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana tiada simptom-simptom yang menunjukkan kita mengalami gejala tersebut dan menyebabkan munculnya beberapa komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan hati, kerosakan buah pinggang dan juga strok.
Hipertensi boleh dikawal dengan menukar cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan makanan kurang garam, berhenti merokok dan menjauhi alkohol juga pengambilan ubat-ubatan.
Selain itu kita juga disarankan memeriksa ujian darah setiap tahun.
Bicara Bro : Ini rasa nak pergi buat pemeriksaan dalam masa terdekat. Sejak kahwin, Bro kurang ambil tahu tentang tekanan darah sendiri.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
kalau umur dah meningkat nie, mesti beringat tentang kesihatan diri…..kena ler selalu buat check up di pusat-pusat kesihatan…..
Wife dah bising-bising suruh makan itu ini dah he..23x Adeh
ok, lepas ni kena byk bersenam… kena buat aktiviti sihat.. jom lasertag! :D
Bagus cadangannya itu… Bila DN free ek? Aci x main lasertag duduk setempat je :)
Samalah kita bro. . Saya pun dah lama tak buat pemeriksaan kesihatan. . Apabila tengok ada rakan-rakan sebaya yang meninggal dunia sewaktu usia masih muda disebabkan masalah kesihatan. . Rasa risau pula saya dibuatnya. .
Dah ramai dah yang Bro kenal pergi dulu sebelum Bro. Itu yang Bro rasa cuak nie.
Kalau sebab ajal, boleh terima lagi. Kalau disebabkan penyakit yang kita sendiri tak sedar tue, terasa kita macam tak hargai tubuh badan dan kesihatan yang dianugerahkan olehNya T-T