June 1, 2026

Pengalaman Bro Samurai Berlari di KL City 21KM 2026

Bro Samurai di KL City 21KM 2026

Untuk bulan Mei, Bro cabarkan diri untuk menakluki Kuala Lumpur dengan menyertai acara larian KL City 21KM 2026 dalam kategori 10KM untuk persediakan menyertai 21km tidak lama lagi.

Alhamdulillah, result kali ini agak memuaskan.

Masih bertahan pada pace 9 – 10 tanpa mengalami sebaranag kecederaan atau seangkatan dengannya.

Acara yang berlangsung di Dataran Merdeka ini bukan sahaja menawarkan pengalaman larian yang menyeronokkan, malah memberikan peluang kepada rakan-rakan pelari menikmati keindahan mercu tanda terkenal Kuala Lumpur pada waktu awal pagi.

Suasana Meriah Seawal Pagi

Hari perlumbaan bermula seawal jam 4.30 pagi untuk kategori 21km, manakala untuk kategori 10km pada pukul 6 pagi (sepatutnya 6.30 pagi, jika tak salah Bro).

Bagaimana pun pelepasan 10km di buat pada pukul 6.15 pagi untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat Subuh sambil menunggu kebenaran dari pegawai trafik.

Walaupun peserta 10km tidak seramai 21km (Ramai ke acara lain rasanya). Vibenya masih terasa.

Laluan Ikonik Di Tengah Bandar Kuala Lumpur

Salah satu sebab utama Bro teruja menyertai KL City 21KM 2026 adalah peluang untuk berlari melalui beberapa lokasi ikonik Kuala Lumpur.

Sepanjang laluan 10KM, peserta dapat menikmati pemandangan bandar yang biasanya sibuk dengan kenderaan tetapi bertukar menjadi trek larian yang selamat dan selesa pada pagi acara.

Route kali ini agak berbeza berbanding route kebiasa bagi acara yang selalu berlangsung di Kuala Lumpur.

Ianya bagi mengelak bertembungnya dengan acara larian yang turut berlangsung di route KL Car Free Morning. Begitu juga dengan route 5KM yang rasanya lagi mencabar melayani bukit berbanding route 10KM.

Cabaran Sepanjang Laluan

Bro Samurai Beraksi di KL City 21KM

Gambar Bro Samurai beraksi diambil oleh izpixel - https://izpixel.photohawk.com/galleries/kl-city-21km-2026

Walaupun kategori 10KM dianggap lebih ringan berbanding half marathon, ia tetap mempunyai cabaran tersendiri.

Beberapa bahagian laluan memerlukan peserta mengekalkan rentak larian yang konsisten terutama apabila mula memasuki kilometer keenam hingga kelapan (route Bukit Tunku)..

Bro sendiri perlu mengawal pernafasan dan memastikan tenaga digunakan secara bijak agar tidak kehabisan stamina sebelum tiba di garisan penamat. Mujurlah terdapat beberapa stesen air yang disediakan dengan baik sepanjang laluan bagi membantu peserta kekal hidrasi.

Selain itu, petugas dan sukarelawan yang bertugas turut memberikan sokongan moral kepada peserta sepanjang perlumbaan.

Garisan Penamat Yang Memuaskan

Saat paling dinantikan semestinya apabila garisan penamat semakin hampir. Walaupun kaki mula terasa berat selepas beberapa kilometer terakhir, sorakan daripada peserta lain dan kru acara memberikan motivasi tambahan untuk terus bergerak ke hadapan.

Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, Bro merasakan satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Adakah Bro Akan Sertai Lagi?

Jawapannya semestinya ya.

KL City 21KM 2026 berjaya memberikan pengalaman larian yang menyeronokkan melalui penganjuran yang kemas, laluan yang menarik dan suasana komuniti yang positif.

Acara seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah membantu mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi sukan dan pelancongan.

Bagi mereka yang sedang mencari acara larian untuk disertai pada masa hadapan, Bro merasakan KL City 21KM adalah antara pilihan yang patut dimasukkan ke dalam senarai.

Sama ada anda seorang pelari berpengalaman atau baru ingin mencuba acara larian pertama, suasana yang ditawarkan pasti memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Buat Bro Samurai, penyertaan dalam kategori 10KM kali ini bukan sekadar mengejar masa terbaik, tetapi juga peluang untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur dari perspektif yang berbeza sambil berkongsi minat yang sama bersama ribuan pelari lain.

Dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk acara 21KM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas ini, Bro akan join acara mana pula ya?

Keywords:

  • KL City 21KM 2026
  • KL City Run 2026
  • pengalaman larian 10KM
  • larian Kuala Lumpur 2026
  • Dataran Merdeka run
  • acara larian Malaysia
  • review KL City 21KM
  • running event Kuala Lumpur
  • half marathon Malaysia
  • Bro Samurai

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *