October 9, 2024

Balai Seni Negara Anjur Kuala Lumpur Biennale (KUL Biennale 2020) Edisi Kedua

Pelancaran KUL Biennale 2020
Balai Seni Negara bakal menganjurkan Kuala Lumpur Biennale (KUL Biennale 2020) edisi kedua dengan tema Tanah Air (Sa)Udara bermula dari 1 September 2020 hingga 28 Febuari 2021.

KUL Biennalebakal menjadi salah satu acara utama yang akan mengangkat Malaysia sebagai hab seni di Asia Tenggara.

Ia menjadi platform pameran untuk 100 pengkarya seni tempatan dan antarabangsa akan berkumpul dan menghimpunkan karya seni mereka pada festival seni visual terbesar tanah air.

Antara nama besar pengkarya yang akan menjayakan KUL Biennale 2020 ialah Okui Lala, Aftermath Thinker, Ahmad Fuad Osman, Azizan Rahman Paiman dan Dhavinder Singh.

YB Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik

Majlis perasmian KUL Biennale 2020 telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Turut sama, YBrs. Encik Ismail Ani Arope, Pengerusi KUL Biennale 2020 dan YBrs. Encik Mohammad Nazli Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Perdagangan, Malaysia Airports Holdings Berhad.

KUL Biennale 2020

Selain 100 pengkarya seni, peserta juga terdiri daripada pensyarah dan pengumpul seni, dan pakar industri yang akan mengambil bahagian dalam forum, seminar, ceramah seni, inisiatif seni dan lain-lain.

Selain pameran utama, Balai Seni Negara juga akan menganjurkan program selari di sekitar Kuala Lumpur untuk melengkapkan KUL Biennale 2020 yang merangkumi pameran dari galeri persendirian terpilih.

Pelbagai program diadakan di seluruh negara melalui inisiatif Route ke KL Biennale 2020, salah satu daripadanya ialah International Marble Art Camp di Langkawi dari 30 November – 13 Disember 2019.

Sepanjang kem seni ini, 19 artis dari lapan negara termasuk Indonesia, Thailand, Nepal, India, Itali, Belgium, Perancis dan Malaysia menghasilkan patung marmar yang unik dan halus berdasarkan mitos dan legenda Langkawi.

International Marble Art Camp
Antara hasil seni dari peserta yang menyertai International Marble Art Camp di Langkawi baru-baru ini.

Ia turut dipamerkan di Balai Seni Negara cawangan Langkawi.

Untuk pengetahuan anda, disenaraikan beberapa program seni dan kebudayaan sebelum melalui Route to KL Biennale 2020 :-

  • Balik Pulau Festival, Penang
  • Festival Anak Muda 2019, Kuala Lumpur
  • Lakaran Panorama Muar, Johor
  • Borneo Art Festival 2019, Labuan
  • Bamboo Sculpture by The Sea, Kota Kinabalu
  • International Marble Art Workshop, Langkawi
  • Projek Seni Komuniti & Pameran, Johor
  • Ipoh International Art Festival (IIAF 2019)
  • Street Art @ Kapit, Sarawak.

Kuala Lumpur Biennale 2020 dibuka kepada orang ramai mulai 1 September 2020 hingga 28 Februari 2021. Masuk adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.artgallery.gov.my

UPDATED : Balai Seni Negara Batalkan Penganjuran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020)

Pembatalan Kuala Lumpur Biennale 2020

Balai Seni Negara membatalkan penganjuran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020) yang dijadualkan berlangsung pada September 2020.

Ini adalah selaras dengan pembatalan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berikutan dengan impak penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan dunia secara keseluruhannya dimana penganjuran KUL Biennale 2020 melibatkan penyertaan penggiat seni visual Malaysia dan antarabangsa.

Balai Seni Negara mengambil kesempatan ini menyeru para peserta KUL Biennale 2020, penggiat industri seni visual, rakan kerjasama KUL Biennale 2020 agar memberikan fokus dalam usaha Negara menangani wabak ini.

“Balai Seni Negara dengan rasa berat hati membatalkan penganjuran KUL Biennale 2020 ini. Namun demi kemashalatan dan kesejahteraan kesihatan langkah ini terpaksa di ambil. Diharap penggiat seni visual industri, karyawan serta peminat seni akan terus memberikan sokongan kepada Balai Seni Negara pada masa akan datang.” – Encik Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *