25 password atau kata laluan paling teruk digunakan pada tahun 2013. Adakah kata laluan anda salah satu daripadanya?
Menurut Firma keselamatan Splashdata – Setiap tahun mereka menyenaraikan kata laluan yang paling senang dipecah masuk mendapati bahawa kata laluan – 123456 telah menduduki carta teratas senarai yang dikeluarkan.
Jika sebelum ini kata laluan – password (dulu zaman bodoh bangang pernah guna kata laluan ini) mendominasi senarai yang sedia ada.
Untuk pengetahuan anda (yang tak tahu)
Kata laluan yang lemah memudahkan akaun anda terdedah dengan serangan dari mana-mana pihak sama ada yang berniat jahat kepada anda ataupun saja suka-suka nak kenakan anda. Dimana hacker (pengodam) dapat meneka kata laluan anda dengan mudah.
Disini, Bro senaraikan beberapa kata laluan yang paling teruk digunakan pada tahun 2013 :-
- 123456
- password
- 12345678
- qwerty
- abc123
- 123456789
- 111111
- 1234567
- iloveyou
- adobe123
- 123123
- admin
- 1234567890
- letmein
- photoshop
- 1234
- monkey
- shadow
- sunshine
- 12345
- password1
- princess
- azerty
- trustno1
- 000000
Ada tak kata laluan anda tersenarai di atas? Seeloknya, elak gunakan kata laluan yang sama bagi tempoh masa yang lama atau pada semua akaun anda.
Bro sendiri pun mempunyai kata lalun yang berbeza bagi setiap akaun. Alhamdulillah, masih lagi teringat walaupun lepas tempoh tertentu, Bro akan tukar kata laluan yang baru. Kalau terlupa? Klik “forget password” he..23x
Kalau korang ada masalah untuk mengingati kata laluan, apa kata anda baca artikel ini.
Aku kadang2 lupa jugak password akaun sendiri. Banyak sangat nak ingat. Pakai software password manager senang sikit nak simpan dan manage password2 akaun internet.
Banyak betul kata laluan perlu diingat apabila melebihi satu akaun.
sama la bro, biasanya simpan password dalam henpon.. kalau pakai code generator lagi masak, tapi selamat sikit.. kalau hacker rare gila pakai DDOS memang akn dapat..
fuh, komen anarm dapat menarik ramai orang komen dibawahnya :)
Ada juga salah satu kata laluan saya dalam senarai tersebut. .
Ok, nk try la he..23x
iloveyou pun orang jadikan pasword.. :)
jangan ingat xde tau
Memang cari nahar mengunakan kata laluan yang mudah diteka.
tapi ramai je yang memang suka cari nahas pakai kata laluan yang terlalu mudah ini
macam ada kata laluan aku jer tu..hehe
Yang mana satu ek? nak juga tahu.. nanti senang sikit
Lagi predictable password guna tarikh lahir.
bagi yang tarikh lahirnya memang terdedah, mendedahkan juga password mereka kan :)
terlalu banyak sangat password nak ingat sebab banyak perkara perlu guna password…be careful
Tak pernah lagi guna password yang tersenarai tu. Hehe
Try la cuba… tgk apa yang bakal terjadi he..23x
ay mmg tak ingat password sbb password byk sgt dan berbeza utk setiap akaun..
Yang itu kena baca artikel yang bro link dekat entry diatas…
princess pun ada..haha
hahahahaha.. apa punya password da..
haha satu pun tak kena la bro
Oh ye ke? boleh cuba lain kali :)
selamat, xde dlm senarai ni, hehehe
SA guna kata laluan nama yang senang ingat je…xde no2 ni…susah nak ingat..hehehe…sib baik x pernah guna walau satu senarai pun diatas
fuhh nasib baik xdop !
Pening kepala nak ingat banyak password..mmg kena selalu tukar sbb baca kaki godam ni huhu
haha..mcm2 yek pwsd.. zaza guna 15huruf + number.. punya la kadang2 lupe.. :D
ada satu password kat atas tu masih pakai sampai ke hari ini. hehe..
Hurmmm…. lepas nie guna PASSWORD BROFRAMESTONE mesti jadi okey punya…heehhehe
Klu pakai salah satu katalaluan kt atas tu mesti lg senang awk hack FB sy
mujurlah password yang sy gunakan takde dalam senarai tu bro..hee