November 6, 2024

Trajedi Berdarah Bukit Tabur

Trajedi Berdarah Bukit Tabur

Satu persatu trajedi berlaku dalam masa terdekat di Bukit Tabur, Taman Melawati, Gombak sehingga banyak pihak baru mengetahui kewujudannya.

Jika dulu, Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006. Sekarang ianya diantara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak dan jurugambar.

Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.

Kadangkala benda yang kita suka-suka dan mencabar ini mampu menjadi aktiviti yang membahaya nyawa.

Disini Bro ingin kongsikan beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang pernah dilaporkan :-

  • 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
  • 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.
  • 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya.
  • 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa.
  • 17 Disember  2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.
  • 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.
  • 23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
  • 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.
  • 15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

Bicara Bro : Bro sendiri seorang yang sukakan aktiviti mencabar (tapi satu ketika dahulu). Sekarang ini, rasanya risau ada yang semput duduk atas bukit lelama.

Kena kembali fitt macam 10 tahun yang lalu. Harap atlet sampai peringkat kebangsaan, sekarang? hampeh.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Trajedi Berdarah Bukit Tabur

  1. Kalau tak biasa hiking, JANGAN cuba Tabur dulu. Pegi Tabur bukan cabar stamina, tapi cabar kekuatan dan keseimbangan badan. Itu yang banyak orang tersilap langkah. Lagi satu aku menyampah kalau jenis yang nak main lompat2 masa panjat nih (sebab rasa diri dah biasa hiking). Janganlah cabar tempat tu. Ingat orang tersayang, cewahh.

  2. wah… bnyak gak kejadian2 maut kat sana. hurm.. kena hati2 kalau nak bersukan yang berbahaya. sayangi nyawa anda. hiking mcm senang je buat.. tapi kalau tak tau step2 dalam hiking.. susah gak. thanks bro atas info…

  3. kalau dah kerap sangat kejadian tak diingin, pihak berwajib haruslah ambil tindakkan, letakkan safety sign, atau sediakan hiking guide kepada para pendaki.

  4. biasa pergi hiking dan faktor keselamatan memang sentiasa ditekankan bila mendaki bukit atau gunung.

    lagi parah bila kena bawa budak-budak sekolah. Ohh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *