January 24, 2025

Aktiviti Cuti Sekolah : Bawa Anak Mandi Manda di KLCC Swimming Pool

Aktiviti Cuti Sekolah Mandi KLCC Swimming Pool

Untuk aktiviti cuti sekolah kali ini.

Bro bawa anak-anak termasuk anak buah pergi mandi manda di KLCC Swimming Pool yang terletak betul-betul di tengah taman KLCC (Kuala Lumpur City Centre).

Ikut plan asal, nak ke tempat lain.

Tapi disebabkan tempat itu agak sesak. Maka Bro tukar plan bawa mereka ke sini. Agak mengejutkan, tempat ini tak sesak dan agak selesa juga untuk bersantai.

KLCC Swimming Pool

Bro tahu pasal tempat ini sewaktu baca review dekat blog si cantik manis ini.

Agak terkejut juga sebab selama ini Bro selalu pergi ke KLCC, tapi tak perasan pun tempat ini. Mungkin sebab Bro ke sini kebanyakan atas urusan kerja, lebih-lebih lagi selalu ikuti sebarang acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Kawasan dia agak luas, cuma airnya cetek.

Boleh la buat raso-raso. Kita yang tua ni, cukup2 la sekadar celup-celup kaki.

Tandas Awam Taman KLCC
Tandas Awam di Taman KLCC. Masuk adalah PERCUMA!

Bagi yang pertama kali datang ke sini, korang jangan risau. Terdapat tandas awam dan juga tempat persalinan untuk korang. Dibuka seawal pukul 7 pagi dan masuk adalah percuma.

Manakala KLCC Swimming Pool pula dibuka pada pukul 10 pagi.

Parking pula harganya agak keras juga di sini. Korang kena pandai survey jika nak dapatkan lokasi parking yang lebih murah.

Paling penting, korang jangan lupa bawa air minum secukupnya lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara kita.

Memang dekat taman KLCC disediakan port water cooler. Cuma airnya tak beberapa nak sejuk (tp Bro pernah jumpa yang sejuk punya, tapi lupa sebelah mana) dan tak semuanya berfungsi.

Taman Permainan KLCC Park

Tidak lupa juga.

Selain kolam mandi, terdapat juga taman permainan disediakan disebelahnya.

Secara tidak langsung menjadikan tempat ini antara lokasi paling sesuai untuk anak-anak anda beriadah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Aktiviti Cuti Sekolah di KLCC

Ok, settle sudah janji bawa mereka datang ke sini. Selain mandi manda, banyak juga aktiviti dapat dilakukan di sini, lebih-lebih lagi buat anak buah yang pertama kali jejak kaki di KLCC.

So lepas ini kita ke mana pula? tolong cadangkan plzzzzzz…!!!

Loading

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Aktiviti Cuti Sekolah : Bawa Anak Mandi Manda di KLCC Swimming Pool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *