Perjalanan dari Danau Toba ke Toba Samosir yang mengambil masa hampir 2 jam ambil terasa perbezaan persekitarannya.
Dari kawasan tanah tinggi menuju ke kawasan yang lebih panas dengan keindahan sawah bendangnya. Sepanjang perjalanan, kami sempat singgah di Warung Nenas Sinaga (Indonesia bia bilang Nanas Sinaga).
Kenapa namanya Sinaga?
Malangnya nenas ini tiada kaitan dengan Naga, tetapi berkait rapat dengan suku kaum Batak keturunan Sinaga (nama keluarganya).
Dimana perniagaa nenas ini merupakan perniagaan keluarga Sinaga sejak turun menurun.
Lihat sahaja nenasnya, kebanyakannya masak dan berwarna kuning keemasan.
Boleh dikatakan nenas yang mereka tanam diladang berhampiran kediaman mereka agak manis, berjus dan bersirat. Memang enak dimakan begitu sahaja.
Nampak tak isinya macam mana?
Memang berjus sehingga menitis-nitis. Boleh terliur anda melihatnya tika keluarga Sinaga tengah menghidangkan nenas ini dan ditaburkan sedikit garam.
Perrhhhhh memang terliur dibuatnya.
Harganya? Lebih kurang Rp 8,000 (tak sampai Rm3 sebiji) Lagi sedang dari beli nenas potong di Kuala Lumpur dengan harga Rm2 sebungkus.
Sedapnya bro…bawa balik 2 biji! :D
memang terliur! Lagi2 letak gula sikit… then simpan dalam peti… lepas beberapa jam terus makan…. perghhhh