April 20, 2024

Spritzer X TudungPeople Tawar Selendang & Scrunchie Edisi Terhad Hutan Hujan

Spritzer X TudungPeople

SPRITZER bekerjasama dengan TudungPeople, pereka tudung yang selesa dan cantik, untuk menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula.

Ia merupakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian syarikat.

TudungPeople, mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan (8) botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol ICON Spritzer.

Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini sudah tersedia dan anda boleh dapatkan mulai 24 Mei 2023.

TudungPeople X Spritzer

Selendang dan scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya.

Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya. Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda!

TudungPeople X Spritzer Scrunchie
TudungPeople X Spritzer Scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad.

Spritzer sedang berusaha menuju masa depan yang berlestari, dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan dan
menyerlahkan kelestarian dan amalan lestari.

Syarikat, yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air.

Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25
atau set pada harga RM184.

Produk diatas boleh dibeli di www.tudungpeople.com dan https://shop.spritzer.com.my/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *