December 7, 2024

FreeYond Bekerjasama BAM Perkasa Bakat Sukan Tempatan

FreeYond x BAM

Fast Technology Sdn Bhd, pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE, Fast Energy Holdings Bhd,memeterai perjanjian penajaan satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.

Perkongsian ini menunjukkan komitmen FreeYond untuk menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber.

Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu. Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.

FreeYond Badminton Association of Malaysia

Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Olympic Councial of Malaysia, dan Presiden Kehormat Badminton Asia, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Encik Vincent Tan Wye Chuan.

Produk FreeYond terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang luar biasa, memenuhi pelbagai kategori pengguna, termasuk peminat sukan dan profesional.

Selain model telefon pintar M5 dan F9 yang telah diperkenalkan ke pasaran, FreeYond juga telah melancarkan jam tangan pintar F1 mereka dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1.

Perihal FreeYond

FreeYond ialah jenama elektronik pengguna yang diasaskan di Shenzhen, Lembah Silikon dan ibu kota telefon bimbit di China.

FreeYond, yang bermula dengan telefon pintar, berusaha untuk mentakrifkan semula elektronik pengguna seperti telefon pintar, pakaian pintar dan AI seperti Tech.4.0, Antaramuka Komputer Minda, teknologi EMG, pengkomputeran awan, dll., untuk pengguna global menikmati kemudahan kehidupan yang disediakan oleh elektronik berteknologi tinggi.

FreeYond telah membuat kemajuan yang ketara di Amerika Latin dan Afrika. Pada 21 Mac 2023, Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan produk FreeYond di rantau Asia Tenggara.

Di luar Malaysia, jenama teknologi itu mempunyai sasaran untuk mengembangkan dan secara beransur-ansur membangunkan pasarannya di rantau SEA. Harapannya adalah untuk menjadikan rantau ini satu lagi pasaran teras.

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai FreeYond, anda boleh lawati Laman Rasmi: https://freeyond.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *