December 7, 2024

Alami Budaya dan Warisan Arab Saudi di Pameran Pelancongan Saudi

Pameran Pelancongan Saudi pertama di Malaysia

Jom ke Pusat Beli-belah IOI Putrajaya untuk Pameran Pelancongan Saudi yang pertama kali diadakan di Malaysia, dibawakan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA).

Dari 28 Ogos hingga 1 September, raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti “Beli satu tiket SAUDIA dan dapatkan diskaun 50% untuk tiket kedua.” Nikmati pelbagai persembahan menarik dan menangi hadiah-hadiah hebat!

Pakej Pelancongan Eksklusif dan Pengalaman Budaya

Pengalaman Budaya di Pameran Perlancongan Saudi

Terokai perjalanan rohani yang lebih daripada sekadar ibadah Umrah dengan lebih 15 pakej pelancongan eksklusif baharu dari lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia.

Pakej-pakej ini disertakan dengan diskaun istimewa daripada rakan kongsi seperti Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, dan Rayhar Travel.

Rasai kekayaan budaya dan pemandangan menakjubkan Arab Saudi melalui paparan maya, pameran interaktif, dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam. Alami sendiri kepelbagaian budaya Arab Saudi yang pasti memukau anda.

Promosi istimewa ini termasuklah:

  • Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
  • Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
  • In Saff Travel membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila anda membeli sebuah pakej.
  • Rayhar Travel menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi – Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
  • Apple Vacations memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan.
  • Tabung Haji Travel Services (THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
  • Iman World memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.

Terokai Destinasi Utama Arab Saudi

Tak pasti nak ke mana? Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda pelajari lebih lanjut di Pameran Pelancongan Saudi:

Jeddah: Hab Kebudayaan Arab Saudi

Jeddah adalah sebuah bandar yang penuh dengan kehidupan yang menggabungkan tradisi dan kemodenan.

Dikenali dengan seni dan budayanya yang kaya, Jeddah adalah rumah kepada Al-Balad, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan rumah-rumah batu yang unik, galeri warisan bersejarah, dan kafe-kafe selesa, mencipta suasana yang indah.

Menghadap Laut Merah yang tenang, Jeddah menawarkan persekitaran yang damai, warisan sejarah yang kaya, dan diiktiraf sebagai antara bandar paling selamat dalam kalangan negara G20.

Sebagai pintu masuk ke Mekah dan Madinah, Jeddah juga merupakan pusat kulinari yang menyajikan hidangan tempatan yang pelbagai, menyambut semua pengembara dengan hati yang terbuka.

Sama ada anda melancong sendirian atau bersama orang tersayang, Jeddah menyediakan pengalaman yang lancar dari saat anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.

Riyadh: Ibu Negara Arab Saudi yang Maju

Riyadh, ibu negara dan pusat ekonomi Arab Saudi, adalah sebuah bandar yang penuh dengan aktiviti dengan lebih 17,000 acara tahunan.

Sebagai nadi pelancongan, Riyadh menawarkan akses mudah ke mercu tanda Islam yang penting, termasuk At-Turaif di Diriyah, tempat kelahiran asal Arab Saudi 300 tahun lalu, dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali dengan seni bina batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.

Untuk kelainan dan melarikan diri dari kesibukan kota, nikmati keindahan padang pasir dengan pengembaraan safari. Alami hidangan tradisional Arab Saudi sambil mencuba pelbagai aktiviti mencabar seperti meluncur di padang pasir dan menunggang unta.

AlUla: Kembara Sejarah Purba

AlUla Maraya

Terletak di antara dua oasis yang indah di barat laut, Khaybar dan Tayma, AlUla adalah tempat asal peradaban kuno Dadan, salah satu bandar paling maju di Semenanjung Arab pada alaf pertama Sebelum Masihi.

AlUla juga merupakan rumah kepada Jabal Ikmah, sebuah perpustakaan terbuka yang baru-baru ini disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia UNESCO.

Diiktiraf sebagai Destinasi Terkemuka Dunia oleh TIME 2024, AlUla kini menjadi hab warisan, kebudayaan, seni, pengembaraan, dan pelancongan terkemuka dengan tarikan seperti Dar Tantora, The House Hotel, dan Sharaan Nature Reserve.

Keterhubungan dan Akses Visa yang Mudah ke Arab Saudi

Kini, mengunjungi Arab Saudi adalah lebih mudah, lancar, dan selamat. Dengan peningkatan 28% dalam kekerapan penerbangan dari 2023 hingga 2024.

Ia termasuk laluan baharu AirAsia (Kuala Lumpur ke Madinah) dan Malaysia Airlines (Johor Bahru ke Madinah), penerbangan terus ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses, dengan kebanyakan penerbangan melalui Terminal 1 KLIA (KUL).

Dengan inisiatif yang berterusan, program eVisa kini merangkumi 66 negara. Rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Visa Persinggahan 96 jam secara percuma atau memilih eVisa yang diluluskan.

Bagi mereka yang dalam perjalanan untuk tujuan bekerja atau beribadah, visa sah sehingga 90 hari untuk Umrah, dengan pilihan untuk melanjutkan perjalanan dan melawat destinasi lain seperti Jeddah, Riyadh, atau AlUla.

Untuk menambah akses dan keterhubungan, syarikat penerbangan seperti AirAsia X, Malaysia Airlines, Batik Air, dan SAUDIA telah meningkatkan kapasiti penerbangan mereka, dengan penerbangan terus kini tersedia ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai segala yang ditawarkan oleh Arab Saudi di Pameran Pelancongan Saudi ini!

Tentang ‘Saudi, Welcome to Arabia’

Saudi, Welcome to Arabia

‘Saudi, Welcome to Arabia’ adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini.

Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna.

Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.VisitSaudi.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *